• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedia Bantu Saring Mental Bakal Pekerja Berisiko

oleh Ahmad Albab
30/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Kementerian Kesihatan bersedia untuk membantu menjalankan saringan mental terhadap individu yang berisiko sebelum mereka diambil bekerja oleh pihak tertentu, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Beliau berkata pihaknya sedia bekerjasama membuat saringan itu sekiranya terdapat permintaan berhubung perkara itu bagi memastikan pekerja yang diambil terutama bekas penagih dadah tidak berisiko dari segi mental.

“Mereka yang pernah terlibat dalam penyalahgunaan dadah lebih cenderung untuk melakukan sesuatu tindakan yang tidak rasional seterusnya menjerumuskan diri ke dalam situasi yang lebih parah,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau ditemui selepas melawat keluarga pelajar tingkatan lima yang dilapor dirogol dan dibunuh di Pangsapuri Bandar Baru, Teluk Kumbar dekat sini Ahad lepas.

Dalam kejadian itu, mayat Intan Suraya Mawardi, 17, ditemui di dalam rumah oleh keluarganya.

Sehubungan itu pihak polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan yang mempunyai rekod berkaitan dadah.

Dr. Hilmi turut meminta pihak majikan mewajibkan saringan yang lebih terperinci dalam pengambilan pekerja yang mempunyai rekod jenayah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beliau turut meminta orang ramai supaya menghentikan sebarang spekulasi di media sosial berhubung kejadian itu.

“Spekulasi yang tidak benar berdasarkan sumber-sumber tidak tepat amat memberi kesan kepada keluarga mangsa yang sememangnya berada dalam keadaan trauma dan tertekan atas kehilangan orang tersayang.

“Kementerian akan bantu keluarga mangsa dengan mengadakan sesi kaunseling dalam masa terdekat bagi memberi sokongan moral kepada mereka,” katanya.

Sementara itu bapa pelajar berkenaan, Mawardi Abdul Hak, 46, berharap kes pembunuhan anak sulungnya itu dapat diselesaikan segera dan penjenayah yang melakukannya dikenakan hukuman setimpal.

“Saya juga ingin meminta orang luar supaya menghentikan sebarang cerita yang tidak benar yang boleh mendatangkan fitnah. Hanya kami yang tahu keadaan sebenar dan terpaksa menanggung tekanan yang berat daripada banyak pihak,” katanya. – BERNAMA

Tags: KKMpekerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

“Lepas Bahasa Cina, Netizen Pula Minta Kad Kesihatan Versi Jawi, Bajau, Dusun, Suluk Sampai Sanskrit”

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Isu penggunaan kad pemantauan kesihatan dalam bahasa Cina oleh fasiliti di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia...

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

DAPSY Pertahan Kad Pemantauan Kesihatan Dalam Bahasa Cina, KKM Milik Seluruh Rakyat Malaysia

20/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mempertahankan penggunaan Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di klinik kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd