• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tunggu Nasihat Jabatan Veterinar Mansuhkan Perintah Kawasan Anjing Gila

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata keputusan untuk memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing di negeri ini hanya akan dilakukan setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Keputusan itu adalah penting katanya, justeru apa jua tindakan pembatalan perlu mendapat nasihat daripada JPV dan tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya oleh pihak tidak berkaitan.

Beliau mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang memansuhkan Perintah Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila (Negeri Pulau Pinang) 2015 yang berkuatkuasa 15 Sept, selepas tiada kes gigitan anjing gila atau ‘rabies’ sejak bulan lepas.

Mukhriz berkata, setakat ini, pewartaan wabak anjing gila di Kedah masih berkuatkuasa.

Semalam, Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 70 kejadian gigitan anjing sehingga 7 Okt lepas dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila, tetapi tiada kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan setakat ini.

Pengarahnya Datuk Dr Norhizan Ismail berkata kejadian itu membabitkan 70 anjing dengan tujuh kes berlaku di Kota Setar, Kuala Muda (21), Kulim (18), Kubang Pasu (10), Bandar Baharu (empat), Langkawi (empat), Baling (tiga), Yan (satu), Pendang (satu) dan Padang Terap (satu). – BERNAMA

 

Tags: anjing gilaKedah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd