• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Catat 70 Kes Gigitan Anjing Termasuk 2 Anjing Gila

oleh Ahmad Albab
09/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Kesihatan Kedah mencatat 70 kejadian gigitan anjing sehingga 7 Okt lepas dengan dua daripadanya melibatkan anjing gila, tetapi tiada kes jangkitan rabies dalam kalangan manusia dilaporkan setakat ini.

Pengarahnya Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata kejaidan itu membabitkan 69 ekor anjing dengan tujuh kes berlaku di Kota Setar, Kuala Muda (21), Kulim (18), Kubang Pasu (10), Bandar Baharu (4), Langkawi (4), Baling (3), Yan (1), Pendang (1) dan Padang Terap (1).

Katanya dua kes gigitan anjing gila itu berlaku di Kota Setar terhadap pasangan suami isteri pada 7 dan 11 Sept lepas yang membabitkan anjing peliharaan mereka.

“Pasangan suami isteri itu dalam keadaan stabil dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar sentiasa memantau mereka termasuk nasihat mendapatkan rawatan segera jika mengalami demam, sakit kepala dan kelesuan otot,” katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Sehubungan itu, Dr. Norhizan meminta pemilik anjing supaya memastikan anjing peliharaan mereka mendapat vaksinasi daripada Pejabat Veterinar bagi pencegahan rabies.

Selain itu, katanya mereka perlu memantau anjing peliharaan daripada berkeliaran bagi mencegah kemungkinan dijangkiti rabies dari anjing liar yang menghidap rabies.

“Mangsa yang digigit sama ada dari anjing peliharaan atau anjing liar perlu membersihkan tempat gigitan menggunakan air bersih dan sabun sekurang-kurangnya selama 15 minit.

“Setelah itu, mereka perlu mendapatkan rawatan segera…vaksin pencegahan rabies hanya dibekalkan di sembilan hospital di Kedah,” katanya. – BERNAMA

Tags: anjing gilaKedahRabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd