• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecoh Di Twitter, Jerebu Kuning Landa Shah Alam

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak awal pagi tadi, topik mengenai jerebu berwarna kuning tiba-tiba hangat diperkatakan netizen menerusi laman mikro Twitter.

Difahamkan, fenomena itu berlaku di beberapa kawasan Lembah Klang khususnya di Shah Alam.

Tidak kurang juga yang memuat naik gambar pemandangan pencemaran udara itu yang kini berwarna kuning bagi membuktikan dakwaan tersebut.

1 unnamed (1)unnamed

Rata-rata menyifatkan jerebu berwarna kuning itu adalah beracun dan sangat berbahaya kepada kanak-kanak serta golongan yang berpenyakit.

Berikutan itu, ramai yang mempertikaikan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan oleh laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Setakat jam 9 pagi tadi, bacaan IPU menunjukkan Shah Alam berada di bawah kategori ‘tidak sihat’ iaitu 157.

“Fuh jerebu kuning teruk gila. Dah macam pukul 6,” tulis Aniqnadzrey.

“Jerebu teruk gilaaaaaa. Asap dah warna kuning dah. Tapi pelik kenapa bacaan IPU baru 150++? hospital Shah Alam dah tak nampak dah,” tulis Nanahazwanie.

Berita Indonesia turut melaporkan, keadaan di Riau semakin buruk dan warna pemandangan telah bertukar menjadi kekuningan dengan catatan IPU 2843.

Keadaan itu sekali gus menyebabkan aktiviti di seluruh Riau hampir lumpuh dengan penutupan lapangan terbang, sekolah dan pusat beli-belah serta sebahagian syarikat. – MYNEWSHUB.CC

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=R72iRUqi0H4]

Tags: JerebuShah Alam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Canal City Elak Shah Alam Banjir Besar 100 Tahun, Tapi Dibatalkan Kerajaan PKR – Khir Toyo

Projek Canal City Elak Shah Alam Banjir Besar 100 Tahun, Tapi Dibatalkan Kerajaan PKR – Khir Toyo

05/11/2026
0

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa beliau pernah merancang projek tebatan banjir dikenali sebagai...

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

Johor Berdepan Jerebu 53 Hari, Onn Hafiz Gesa ASEAN Adakan Mesyuarat Tergempar

18/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menggesa negara-negara ASEAN mengadakan mesyuarat tergempar bagi memperkukuh kerjasama menangani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd