• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kandungan Media Sosial Palsu Gugat Perpaduan Kaum

oleh Ahmad Albab
25/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kandungan berita atau kenyataan palsu yang disebarkan menerusi media sosial menjadi cabaran besar dalam mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kapli Emek berkata berdasarkan satu kajian khas yang dijalankan pihaknya, sebanyak 75 peratus kandungan berita yang disebarkan di media sosial adalah tidak benar.

Beliau berkata kandungan yang disebarkan menerusi aplikasi popular seperti ‘WhatsApp’ selalunya ditokok tambah hingga boleh membawa kepada salah faham dan kekeliruan dalam masyarakat.

“Hanya sebahagian kecil betul, jadi mengapa kita turut menyebarkan perkara yang tidak betul, sedikit sahaja peristiwa berlaku ia akan terus diviralkan, ini dikhuatiri akan memberi kesan (negatif),” katanya ketika merasmikan majlis perjumpaan bersama ahli jawatankuasa Rukun Tetangga negeri di sini hari ini.

Beliau berkata isu menghina agama dan tradisi masyarakat lain turut menjejaskan usaha mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

Justeru, beliau menyarankan agar masyarakat di negara ini kembali berpegang kepada prinsip Rukun Negara bagi mewujudkan kembali sikap saling menghormati dan harmoni sesama kaum.

“Pemimpin di peringkat akar umbi juga harus memainkan peranan bagi membina bangsa Malaysia yang positif, tiada orang luar boleh membentuknya kecuali kita sendiri,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]xmQVi7GX_lY[/wpdevart_youtube]

Tags: media sosial
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

Pemimpin PKR Pahang Padam Ulasan Insiden PMX Didakwa ‘Kena Boo’?

08/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Norman Daud dipercayai telah menurunkan hantaran di media sosial...

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

Talkin Pilihan Raya Keterlaluan, Persenda Talkin Jenazah – Netizen

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Tindakan bekas Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memuat naik rakaman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd