• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jokowi Arah Sekolah Terjejas Jerebu ‘Tutup’ Sebulan

oleh
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Kebakaran hutan dan tanah pertanian masih terus marak di sebahagian besar Indonesia meskipun 23 Oktober, genap berakhirnya tempoh dua minggu diberikan oleh Presiden Joko Widodo untuk memadamkan api.

Media tempatan melaporkan lebih 3,000 tompok panas dikesan sejak Khamis malahan ada beberapa tempat yang terjejas akibat jerebu mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara mencecah 3,000 antaranya di Palangkaraya.

Ibu kota wilayah Kalimantan Tengah di selatan pulau Borneo yang diasaskan pada 1950 lalu dengan penduduk kini lebih 220,000 orang itu menjadi viral di seluruh dunia susulan isu jerebu cukup tebal dan berwarna kuning pekat.

Justeru mulai Jumaat (23 Oktober 2015) semua sekolah di kawasan Sumatera dan Kalimantan yang mengalami keadaan jerebu amat teruk diarahkan presiden Indonesia itu untuk ditutup demi menjaga kesihatan murid-murid.

Students walk along a street as they are released from school to return home earlier due to the haze in Jambi

Baca: Isu Jerebu – Jokowi Jamin ‘Selesai’ 2 Minggu Lagi

Juga: Setahun Jokowi Jadi Presiden, Jerebu Terburuk Sejarah Dunia

Lagi: Jerebu – IPU Palangkaraya Cecah 3,000 Rekod Paling Gila!

Dan Lagi: Jerebu Indonesia Atasi AS, Terburuk Selepas China

palangkaraya murid

Menurut laporan media tempatan, sekolah-sekolah tersebut kemungkinan besar akan ditutup selama sebulan sehingga masalah jerebu berkenaan berjaya ditangani sepenuhnya dan kembali normal oleh pihak yang terlibat.

Justeru, presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu juga telah mengarahkan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Anies Baswedan supaya segera memberi penjelasan lengkap tentang langkah-langkah selanjutnya.

Ini kerana penutupan secara mengejut sekolah-sekolah tersebut untuk tempoh yang lama mungkin menjejaskan persiapan pelajar terbabit bagi membuat persediaan menghadapi peperiksaan akhir tahun pada bulan depan.

Jokowi pada 10 Oktober lalu, telah memberi tempoh selama dua minggu untuk Badan Pengurusan Bencana Nasional memadam kebakaran hutan, yang turut menyebabkan jerebu teruk di beberapa negara Asia Tenggara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IndonesiaJerebuJokowiSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd