• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jejaki Telefon Bimbit Hilang Dengan Aplikasi Pengesanan

oleh Ahmad Albab
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Selepas tertinggal telefon bimbitnya secara tidak sengaja di dalam sebuah troli membeli-belah, Sivagurunathan Chinniah menghubungi telefon bimbitnya itu beberapa kali tetapi tidak berjawab.

“Saya kemudiannya menyedari bahawa sesiapa sahaja yang mengambil telefon bimbit itu tiada niat untuk mengembalikannya,” kata anak jati Perak itu.

Sivagurunathan kini menetap di Iowa, Amerika Syarikat bersama dengan isteri dan dua anaknya.

Beliau melakukan beberapa carian di Internet mengenai cara untuk mengesan telefon bimbit Samsung Galaxy Light Android miliknya itu.

“Pada mulanya, saya mengesan telefon bimbit saya menggunakan Android Device Manager,” kata Sivagurunathan, 53, yang kehilangan telefon bimbitnya pada 4 Oktober lalu.

Namun, ia hanya menunjukkan anggaran lokasi telefon bimbit itu berada.

Oleh itu, Sivagurunathan yang mempunyai Ijazah dalam jurusan Matematik dan Sains Komputer dari Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya, memasang perisian yang dipanggil AndroidLost.

“Ia begitu mudah. Dan terdapat banyak cara anda boleh jejaki telefon bimbit anda,” katanya yang juga Naib Presiden Pembangunan Aplikasi, Newcom Technologies Inc.

Dengan perisian tersebut, Sivagurunathan dapat mendengar dan melihat individu yang mengambil telefon bimbitnya.

Dalam tempoh 12 jam aplikasi itu dipasang, beliau berjaya mengesan telefon bimbitnya di sebuah rumah di Ottumwa, kira-kira 160km dari tempat tinggalnya.

“Saya berjaya mengawal telefon bimbit itu menggunakan Internet dan boleh mengambil gambar sekeliling,” katanya.

Sivagurunathan berkata beliau juga dapat merekodkan bunyi di dalam rumah tersebut selain memprogramkan pop-up palsu yang akan mengambil gambar individu yang memiliki telefon bimbit itu.

“Malangnya gambar tersebut tidak begitu jelas,” kata Sivagurunathan.

Dua pegawai polis dihantar ke lokasi dan sebaik sahaja mereka tiba, Sivagurunathan memasang penggera di dalam telefon bimbitnya, membolehkan pegawai polis mengesan rumah tersebut. – mStar Online

Tags: aplikasitelefon bimbit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KK Di Batu Pahat Diperiksa

Pura-pura Beli Barang Sebelum Larikan Telefon Bimbit Pekerja Kedai Runcit

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR - Pura-pura mahu membeli barang menjadi taktik seorang lelaki sebelum melarikan telefon bimbit milik pekerja sebuah kedai runcit...

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

Dakwaan Fitnah Projek LCS: Polis Rampas Telefon Bimbit Rafizi

03/09/2022
0

KUALA LUMPUR : Polis selesai merakam keterangan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang didakwa memfitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd