• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Tidak Berminat. Ronaldinho Ke Pahang?

oleh Ahmad Albab
24/10/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan pasukan itu berhasrat mendapatkan khidmat bekas penerima Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2004 dan 2005, Ronaldinho Gaúcho.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Kapten Mohd. Fahmy Yahya berkata, pemain itu tiada dalam radar JDT untuk menggantikan penyerangnya, Luciano Figueroa yang bakal bersara.

Merujuk kepada keratan akhbar dari surat khabar Singapura dan kenyataan dari laman sesawang fourthofficial.com yang pemain Ronaldinho berada di dalam radar JDT dan Pahang.

ronaldinho
Bekas penerima Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2004 dan 2005, Ronaldinho Gaúcho.

“Kami menafikan bahawa pemain daripada Brazil, Ronaldinho akan menyertai pasukan JDT. Ini kerana PBNJ tidak mempunyai bajet yang besar seperti pasukan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Fahmy berkata, polisi PBNJ inginkan kuota pemain import diisi oleh tenaga muda maka pemain Brazil itu tidak berada dalam senarai perancangan Ketua Jurulatih JDT, Mario Gomez untuk mengisi kekosongan pemain import.

Ronaldinho yang pernah dinobatkan sebagai pemain terbaik dunia sebelum ini diwar-warkan akan menyertai pasukan Pahang sebelum akhbar Singapura melaporkan JDT turut berminat mendapatkan khidmat pemain itu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FIFAJDTPahangRonaldinhoSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Exco Johor Nafi Dakwaan SSI Bukan Milik JDT

JDT Cipta Sejarah Dunia, Pecah Rekod 32 Tahun ASEC Mimosas

22/08/2026
0

Oleh Mynewshub ISKANDAR PUTERI – Malam 21 Ogos 2026 akan tercatat sebagai salah satu malam paling bersejarah bukan sahaja buat...

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

JDT Cipta Rekod Dunia 109 Perlawanan Liga Tanpa Kalah, Julang Piala Sumbangsih Kali Ke-11

21/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah apabila merekodkan 109 perlawanan liga tanpa kalah, sekali gus memecahkan rekod...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd