Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

“Saya Akan Gelak Bila...

SERING kali kita mendengar kisah selebriti yang bertemu jodoh dengan golongan selebriti juga. Pasangan...

Lelaki Temui Ajal Dipenggal...

SEORANG lelaki maut selepas terkena bilah kipas helikopter di bahagian kepalanya sewakty bekerja...

Gambar Selfie Yang Seksi...

Wow!!! Para lelaki di luar sana, sila tutup mulut anda yang melopong itu...

Bapa Enggan Hadir Majlis...

MENJELANG perkahwinan diraja Britain di antara Putera Harry, dan Meghan Markle hujung minggu...

Isu Jubah Pelancong: Masjid Negara Bakal Ubah Rekaan

BARU-BARU ini, heboh di media sosial apabila seorang netizen bertindak memuat naik dua video mempersoalkan tentang kod etika pemakaian yang digariskan oleh pihak pengurusan Masjid Negara terhadap para pelancong khususnya wanita yang datang menziarahi masjid terbabit.

BACA: Kod Etika Pakaian Pelancong Masjid Negara Yang….

Seperti umum mengetahui, pelancong asing yang ingin melawat Masjid Negara di ibu negara sememangnya diwajibkan memakai sejenis pakaian seperti jubah berwarna ungu.

Bagaimanapun, apa yang menimbulkan pertikaian ramai adalah jubah yang disediakan itu menampakkan belahan di bahagian paha sekali gus mengundang kritikkan kerana boleh mengganggu pandangan jemaah yang solat.

Memandang serius terhadap aduan tersebut, pengurusan Masjid Negara mengambil keputusan merangka semula rekaan jubah tersebut agar lebih sesuai dan selesa dipakai oleh pelancong.

Tindakan ini dibuat bagi mengelakkan isu sama berulang pada masa hadapan dan menghormati jemaah lain.

Sementara itu, Pengarah Kanan Masjid Negara Khisamudin Ismail berkata, isu seperti ini tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya membabitkan pengunjung wanita yang bukan Islam.


“Masjid Negara sentiasa menggalakkan pelancong untuk berkunjung ke sini, sekali gus dapat memperkenalkan sejarah dan agama Islam tanpa perlu ‘mengongkong’ mereka.

“Kita tak boleh paksa pelancong menutup aurat dengan sempurna mengikut hukum syarak seperti wanita Muslimah kerana kita faham latar belakang agama dan cara pemakaian mereka.

“Sebagai seorang Muslim, kita perlu berlapang dada dan menerima secara positif kerana mereka ini tetamu yang perlu dilayan dengan baik, sekali gus menonjolkan keindahan akhlak Islam,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori