• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden MH17 Perlu Diadili Di Malaysia – Ahli Akademik

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine tahun lepas, perlu dibawa dan diadili di mahkamah Malaysia.

Cadangan itu disuarakan Felo Kanan, Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Sufian Jusoh dalam temu bual dengan Bernama.

“Perkara ini tidak mustahil kerana Malaysia berhak membawa suara rakyatnya yang terkorban dalam tragedi itu serta anggota keluarga mereka supaya ia disiasat secara telus di negara ini,” katanya.

Menurutnya, faktor bahawa pesawat Boeing 777 itu ialah milik syarikat penerbangan negara ini mengukuhkan lagi pentingnya insiden yang mengorbankan 298 orang termasuk 43 warga Malaysia itu disiasat di Malaysia.

Lembaga Keselamatan Belanda dalam laporan akhirnya Selasa epas mengenai nahas 17 Julai 2014 itu, mengesahkan bahawa MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu darat ke udara BUK di ruang udara timur Ukraine.

Laporan itu dikeluarkan selepas 15 bulan siasatan dijalankan lembaga berkenaan yang turut melibatkan tujuh negara iaitu Australia, Belanda, Malaysia, Ukraine, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Rusia.

Sufian berkata laporan itu hanya menyatakan bahawa senjata BUK telah digunakan, namun siapa yang membuat senjata itu tidak semestinya pihak yang menembak pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

“Sebab itu kita nak tahu siapa penjenayah sebenar yang menggunakan senjata itu untuk menembak MH17,” katanya mengenai pesawat itu yang ketika kejadian terbang pada ketinggian 33,000 kaki.

Sufian turut menjadikan contoh pendakwaan yang dilakukan di Malaysia terhadap tujuh lanun Somalia yang melepaskan tembakan ke arah pasukan Angkatan Tentera Malaysia ketika merompak kapal dagang MT Bunga Laurel di Teluk Aden, untuk menguatkan hujahnya bagaimana insiden MH17 boleh diadili di Malaysia.

Susulan insiden di perairan Teluk Aden pada 20 Jan 2011 itu, kumpulan rakyat Somalia berkenaan dipenjara antara lapan dan 10 tahun.

Dalam pada itu, Sufian menegaskan Malaysia perlu bijak menggunakan hubungan diplomatik sedia ada dengan Rusia dan Ukraine ke arah mencari dan membawa dalang di sebalik nahas MH17 itu untuk dibicarakan di negara ini.

Menurutnya, walaupun Malaysia bukan sebuah kuasa besar, ia boleh menggunakan pengaruhnya di peringkat antarabangsa sebagai anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), ASEAN dan anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) untuk mencapai matlamat itu.

“Kuasa kecil boleh menggunakan kuasa besar untuk mendapatkan keadilan tetapi (kita) perlu menggunakan kebijaksanaan diplomatik dalam hubungan antarabangsa untuk membolehkan kita mendapat keadilan.

“Katakan kita berjaya menangkap orang yang menembak pesawat itu, kita perlu beri keterangan di mahkamah, jadi dokumen yang digunakan dalam siasatan yang dikeluarkan pasukan penyiasat antarabangsa perlu dibentangkan di mahkamah sebagai sebahagian daripada bahan bukti.

“Saya tak nampak negara seperti Belanda atau mana-mana yang terlibat dalam penyiasatan tidak mahu bekerjasama kerana rakyat mereka juga terkorban dalam nahas ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: mahkamahMalaysia AirlinesMH17Misil BUK
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd