• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Kedah Tahan 22 PATI Dalam Op Sapu Di Kubang Pasu

oleh Ahmad Albab
16/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam ‘Op Sapu’ yang dijalankan di beberapa rumah sewa di Changloon, Kubang Pasu, dekat sini awal pagi tadi.

Pengarahnya Mohamad Yusri Hashim berkata operasi pada pukul 3.20 pagi itu menyasarkan rumah sewa di taman perumahan sekitar Changloon dan pihaknya dapat menahan 13 lelaki dan sembilan wanita Indonesia berumur antara 21 dan 46 tahun.

“Ketika serbuan seorang lelaki Indonesia cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pegawai Imigresen tetapi berjaya ditangkap,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya kebanyakan PATI yang ditahan didapati tinggal lebih masa antara dua bulan dan dua tahun serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah, dan rata-ratanya bekerja sebagai pekerja binaan atau mengambil upah membaiki rumah.

Beliau berkata semua PATI ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 manakala seorang lelaki Indonesia ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) akta sama kerana melindungi PATI.

Mohamad Yusri berkata kesemua PATI yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen negeri di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini untuk siasatan lanjut sebelum dihantar ke Depoh Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

Tags: ImigresenOp SapuPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd