• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Kutipan GST Akan Dikembalikan Pada Rakyat

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dikembalikan semula kepada rakyat menerusi pelbagai program bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Ahmad Maslan berkata ini kerana rakyat mahu melihat hasil GST kembali kepada mereka dalam pelbagai bentuk.

Kerajaan katanya perlu memperbanyakkan program meningkatkan pendapatan rakyat dengan menggunakan dana hasil kutipan GST sebelum ini bagi membuktikan kerajaan mengembalikan hasil cukai itu kepada rakyat semula.

“Mereka tidak akan marah lagi kepada kerajaan seperti sebelum ini kerana kerajaan manfaatkan cukai tersebut bagi membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi pelbagai cara.

“Program seperti e-rezeki dilancarkan sebelum ini dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2015 peringkat Zon Utara hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan hasil kutipan GST kepada rakyat pada pembentangan Bajet 2016 Jumaat depan.

Sementara itu, Ahmad berkata pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO 2015 melibatkan empat zon iaitu zon Utara, Timur, Tengah, Selatan dan Sabah berlangsung mulai hari ini hingga 1 Nov ini. – BERNAMA

Tags: Ahmad MaslanGST
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Pakistan Maut Terjatuh Di Tapak Pembinaan

Next Post

Boleh Jadi Pemilik Restoran Jika Habiskan Makanan Ini!

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

Next Post

Boleh Jadi Pemilik Restoran Jika Habiskan Makanan Ini!

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd