Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Mee Kari Dan Bubur...

Pernahkah anda terfikir untuk menikmati sajian bubur nasi, mee kari atau nasi ayam...

Annuar Masuk Ke HUSM...

KOTA BHARU - Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dimasukkan ke Unit...

PRK Sandakan: Hari Pengundian...

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei depan sebagai hari pengundian...

Pembantu Peribadi Sajat Bergaduh...

POLIS akan jalan siasatan berhubung pergaduhan membabitkan dua individu dipercayai pembantu peribadi usahawan...

Harga Minyak Kekal Rendah, Pendapatan K’jaan Susut RM30 Bilion

KUALA LUMPUR – Harga minyak dijangka kekal rendah tahun depan, dan hasil daripada sumber berkaitan minyak dianggarkan berjumlah RM31.7 bilion atau penyusutan pendapatan kerajaan lebih RM30 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesungguhnya keputusan kerajaan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) adalah tepat, lebih-lebih lagi berikutan kejatuhan harga minyak lebih 50 peratus daripada paras US$100 sebelum ini.

Ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini, hari ini, beliau berkata Petroleum Nasional Bhd. (Petronas) menyumbang sejumlah dividen kepada Perbendaharaan setiap tahun.

“Jumlah dividen ini bergantung kepada naik turunnya harga minyak dunia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.


Beliau berkata dalam tempoh setahun, dengan harga minyak mencatatkan purata US$100 setong, pendapatan daripada dividen Petronas serta hasil cukai petroliam kepada negara berjumlah RM62 bilion.

“Akan tetapi, senarionya berbeza apabila harga minyak turun kepada paras sekitar US$50 setong. Pendapatan daripada dividen Petronas serta hasil cukai petroliam kepada negara, berjumlah RM44 bilion pada 2015,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori