• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GST Penyelamat Ekonomi Malaysia – Najib

oleh Ahmad Albab
26/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) terbukti menjadi penyelamat ekonomi Malaysia walaupun didakwa menyusahkan rakyat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya hasil kutipan GST dapat menampung kekurangan hasil kerajaan khususnya akibat kejatuhan harga minyak mentah dunia.

“Senario ini (kejatuhan harga minyak) di luar kawalan kita tetapi syukurlah kita dapat menampung kekurangan hasil kerajaan kerana kita berani memperkenalkan GST.

“Walaupun orang kata kerajaan tak patut laksanakan GST atau menyusahkan rakyat tetapi hakikatnya GST adalah penyelamat kepada ekonomi negara kita,” katanya ketika membuka pusat membeli belah Nu Sentral dan Menara 1 Sentrum milik Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) di sini, hari ini.

Beliau berkata jika ekonomi Malaysia merudum kesannya termasuk kadar pinjaman akan menjadi lebih tinggi sekaligus menyebabkan rakyat menanggung kesusahan.

Najib berkata walaupun tindakan yang diambil kerajaan tidak bersifat populis namun ia dibuat demi tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata melalui Bajet 2016, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi membantu rakyat termasuk anak-anak yang menyara ibu bapa diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500, masing-masing untuk ibu dan bapa.

“Ini sekaligus dapat menggalakkan sifat penyayang kepada ibu bapa dan bukanlah meninggalkan mereka di rumah warga tua,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkata PHB telah mencapai kejayaan dalam membangunkan ekonomi Bumiputera sejak beroperasi pada 2007.

Beliau berkata kewujudan pusat membeli belah Nu Sentral dan bangunan pejabat Menara 1 Sentrum membolehkan usahawan Bumiputera berkongsi limpahan rahmat pembangunan negara.

“Kedudukan pusat membeli belah ini yang bersebelahan dengan KL Sentral amat strategik kerana beribu-ribu pengguna menggunakan hub pengangkutan ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan melalui PHB juga akan melancarkan unit-unit amanah dari semasa ke semasa bagi memberi peluang kepada Bumiputera melabur dalam sektor hartanah.

Terdahulu, Najib meluangkan masa beramah mesra dengan penyewa di Nu Sentral serta sempat membeli sepasang kasut sukan. – BERNAMA

Tags: GSTNu Sentral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd