• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fasha Sandha Hadkan Berkongsi Hal Peribadi Di Media Sosial

oleh AK-47
16/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK dinafikan laman sosial menjadikan para selebriti lebih dekat dengan peminat mereka.

Namun begitu, buat Fasha Sandha dia tidaklah terlalu berkongsi hal peribadi di media sosial berikutan merasakan perkara tersebut tidak wajar didedahkan kepada umum selain mahu mengelak timbulnya perasaan riak.

Memetik portal Murai, Fasha berkata: “Saya bukanlah individu yang gemar memuat naik gambar setiap jam atau setiap hari. Tak semua benda ita boleh kongsi kepada masyarakat apa yang kita buat.

“Perlu ada limit kerana kita tidak boleh menduga apa yang ada dalam pemikiran seseorang.”

“Baru-baru ini saya keluar bercuti di Port Dickson bersama suami dan anak-anak. Sepanjang percutian itu, saya tidak muat naik gambar atau memberitahunya di media sosial.

“Bagi saya percutian bersama keluarga perlu dinikmati dengan rasa tenang dan gembira bukannya untuk dipaparkan kepada umum,” katanya.

Selain Fasha, pelakon Fahrin Ahmad juga mengamalkan pendekatan yang sama, enggan terlalu terbuka dalam berkongsi hal peribadi di mana-mana akaun laman sosial miliknya.

Langkah ini diambil adalah sebagai salah satu cara untuknya agar tidak menjadi bahan kritikan masyarakat di luar sana.

KUALA LUMPUR 19 June 2014. Duta Alicafe dan pelakon, Fahrin Ahmad pada penyampaian hadiah Anda Boleh Jadi Jutawan 4 : Power Root di Hotel One World. NSTP/Munira Abdul Ghani
Fahrin Ahmad

Menerusi portal mStar, Fahrin menjelaskan: “Alhamdulillah, tak ramai yang meletakkan komen berbentuk kutukan di Instagram saya. Mungkin tipnya ialah bila nak muat naik gambar, kita perlu berjaga-jaga.

“Walaupun memuat naik gambar dengan rakan-rakan, saya perlu teliti ada setiap ruang dalam gambar itu, adakah ia boleh mengundang persoalan dan kritikan.”

“Gambar saya bersama rakan yang memegang vape pun saya takkan muat naik dalam Instagram. Saya cuba mengurangkan apa-apa sahaja yang boleh menimbulkan kontroversi,” kata suami kepada Ketua Pramugari syarikat penerbangan Emirates, Elena Hani Eleas ini.

Bagus juga pendirian Fasha dan Fahrin ini, mungkin para selebriti lain boleh mencontohi mereka kalau tak nak pening kepala dengan segala drama yang mungkin tercetus hanya menerusi perkongsian dan muat naik foto atau status yang mungkin boleh membawa kepada hal kontroversi di kemudian hari. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC

Fasha Sandha Dedah Tidak Sukar Bersuamikan Jejai

[youtube http://www.youtube.com/watch?v=Y3GO3c7ZAKs&w=560&h=315]

Tags: myArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd