• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DCA Diarah Siasat Dakwaan Penemuan Bangkai Pesawat

oleh Ahmad Albab
11/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk menyiasat dakwaan penemuan bangkai pesawat di sebuah pulau di selatan Filipina yang dikaitkan dengan kehilangan MH370.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata siasatan itu turut melibatkan antara lain Bahagian Siasatan Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan.

“Saya telah menerima laporan mengenai penemuan itu dan ia belum boleh disahkan lagi…kita memberi ruang kepada mereka untuk siasat,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-62 di sini hari ini.

Liow turut meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai dakwaan itu sebelum siasatan selesai.

Seorang lelaki bernama Jamil Omar dilaporkan, membuat laporan di balai polis Sandakan dengan mendakwa saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina pada awal September lepas.

Laporan itu turut mengandungi dakwaan terdapat rangka dan tulang manusia selain bendera Malaysia dalam pesawat berkenaan.

Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]iPrzc0M7pko[/wpdevart_youtube]

Tags: MH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd