• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, January 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak 8 Tahun Maut Terkena Beg Udara Kereta Di Sungai Petani

oleh AK-47
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALANG tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut akibat tercampak selepas beg udara kereta yang dipandu abangnya yang berusia 17 tahun mengembung setelah terlanggar bonggol di rumahnya Bandar Utama, Sungai Petani, Kedah, semalam.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Nur Khyra Amira Azman, 8 tahun dan dua abangnya yang berusia 12 dan 17 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas pergi membeli barang di Bandar Puteri Jaya.

Bercerita mengenai kejadian, abang mangsa yang dikenali sebagai Along berkata, Khyra berada di tempat duduk hadapan di sebelahnya sambil menyandarkan muka di papan pemuka yang menempatkan ruang beg udara, manakala seorang lagi adik lelakinya duduk di belakang.

Menurut Along, ketika terlanggar bonggol di tengah jalan, dia terus menekan brek hingga menyebabkan beg udara tempat duduk hadapan kereta secara tiba-tiba mengembung dan mengena adik perempuannya.

“Sebaik kereta berhenti, saya terkejut apabila Khyra tiada di tempat duduknya. Saya keluar dari kereta untuk mencarinya kerana menyangka Khyra tercampak keluar, tetapi menemuinya terperosok di ruang bawah tempat duduk belakang pemandu.

“Dalam keadaan panik, saya memanggil Khyra beberapa kali, namun adik tidak menyahut. Saya mengangkatnya keluar sebelum dua lelaki datang membantu dan menghantarnya ke rumah dengan menaiki motosikal,” katanya.

Berikutan itu, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) namun telah disahkan meninggal dunia. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: BH Online

Tags: beg udaramaut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

Seorang Anggota Tentera Maut, Empat Cedera Nahas Trak ATM

11/12/2025
0

Machang: Seorang anggota tentera maut manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah trak milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd