• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Masih Bentuk Kerajaan Terbaik Bagi Malaysia – Najib

oleh Ahmad Albab
18/10/2015
dalam Terkini
2
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) masih merupakan bentuk kerajaan terbaik bagi Malaysia di sebalik kekurangan dan ujian yang dihadapinya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata apa yang lebih penting, BN telahpun merangka pelan hala tuju yang jelas bagi masa depan negara, dan semua ujian dalam politik semasa boleh diselesaikan jika rakyat memberi sokongan padu kepada kepimpinan.

Sambil menarik perhatian bahawa ini bukan kali pertama negara berdepan ujian dalam politik, beliau berkata sebelum ini pun, negara berupaya pulih disebabkan sokongan rakyat terhadap kepimpinan.

“Sekali-sekala, akan ada bonggol di pertengahan jalan. Begitu juga jika anda menerbangkan pesawat, akan ada poket udara.

“Insya-Allah, kita akan atasinya,” katanya pada perasmian Persidangan Perwakilan Kebangsaan ke-44 Parti Gerakan di Setia City Convention Centre di sini.

Beliau berkata meskipun pembangkang akan sentiasa menimbulkan dan membangkitkan kebencian terhadap kerajaan, namun kerajaan BN akan terus melaksanakan apa yang dirancang untuk rakyat.

“Bagaimanapun kami tidak boleh sentiasa mengambil pendekatan populis, sebab kami perlu berkhidmat (kepada rakyat),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib turut mengingatkan rakyat bahawa tiada kebenaran yang mutlak dalam kebanjiran maklumat dalam media sosial.

Beliau berkata terdapat sesetengah pihak yang akan sentiasa memutarbelitkan fakta mengikut agenda mereka, dan menambah, malah beliau sendiri turut menjadi mangsa dalam media sosial.

“Misalnya, mereka banyak kali melakukan ‘photoshop’ gambar saya. Kadang-kadang kepala lain, badan lain. Mujurlah hasil kerja mereka itu bertompok-tompok, jadi orang boleh nampak gambar itu palsu. Contohnya bila mereka letak gambar saya di sebelah seorang wanita, itu bukanlah saya,” katanya.

Justeru, Najib berkata ketika berdepan budaya politik baharu dalam era media sosial, anggota Gerakan perlu mempertingkatkan penggunaan media sosial sebagai wadah untuk meraih sokongan lebih besar daripada rakyat dalam usaha mencergaskan semula parti, di samping menentang pembohongan pembangkang.

“Ini adalah budaya politik baharu. Gerakan perlu lebih aktif dalam media sosial, ke arah usaha menyegarkan semula parti dan meyakinkan rakyat bahawa BN masih merupakan kerajaan terbaik buat mereka,” katanya.

Beliau memberi jaminan bahawa Gerakan masih rakan yang relevan dalam BN meskipun kalah teruk dalam dua pilihan raya umum lepas.

Perdana menteri turut menegaskan bahawa Gerakan, di bawah kepimpinan Mah, menunjukkan semangat dan iltizam politik untuk bangkit semula. – BERNAMA

Tags: BNNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerjasama dan rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Tiada Parti Dapat Bentuk Kerajaan Jika PRU-16 Pertandingan Tiga Penjuru – Liew Chin Tong

Tiada Parti Dapat Bentuk Kerajaan Jika PRU-16 Pertandingan Tiga Penjuru – Liew Chin Tong

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP meramalkan tiada mana-mana parti akan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan walaupun dengan majoriti mudah pada Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd