• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bindi Irwin Pukau Penonton Dengan Tarian Khas Untuk Bapa

oleh AK-47
09/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKTIVIS haiwan liar, Bindi Irwin yang kini sedang bertanding dalam pertandingan tarian popular di Hollywood, Dancing With The Stars telah berjaya memukau penonton dengan tarian yang khas ditujukan kepada mendiang bapanya, Steve Irwin.

Bindi yang mengharungi kehidupan yang penuh mencabar sejak bapanya meninggal dunia telah mengekspresikan kesemua emosinya dalam tarian tersebut sehingga berjaya menyentuh perasaan peminat dan penonton di situ.

[ANAK STEVE IRWIN, BINDI BERSAING DALAM PERTANDINGAN TARIAN]

Kenangan Bindi bersama bapanya, Steve Irwin.
Kenangan Bindi bersama bapanya, Steve Irwin.

Dengan tema ‘The Most Memorable Year’, Bindi yang digandingkan dengan penari profesional, Derek Hough, telah membuktikan bahawa dirinya juga mempunyai sifat lemah-lembut dan gemalai yang diperlukan dalam tarian.

Gadis yang baru berusia 17 tahun itu dilihat menangis ketika menjalani sesi latihan kerana terkenangkan bapanya yang mati akibat disengat ikan pari pada usia 44 tahun.

Prestasi Bindi setiap minggu juga menunjukkan peningkatan dan persembahan yang ditujukan khas kepada bapanya itu juga telah mendapat markah penuh daripada salah seorang juri pertandingan tersebut.

Pertandingan menari yang mengetengahkan bintang serta selebriti terkenal di Hollywood itu kini sudah masuk minggu yang ke-4 dan Bindi bersama pasangannya dilihat masih gagah bertahan untuk menewaskan peserta lain.

-Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?t=250&v=bd4pUSTsS_w

Tags: aktivisBindi IrwinmenariSteve Irwin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Lelaki Cina Menyamar Tentera, Siap Pakai But Dalam Masjid

Next Post

Devamany Akan Bertanding Dalam Pemilihan MIC

Related Posts

Trump Sakan Menari Selama 39 Minit

Trump Sakan Menari Selama 39 Minit

16/10/2024
0

WASHINGTON - Calon Presiden Parti Demokrat, Kamala Harris dengan lantang mempersoalkan kesihatan mental dan fizikal pesaingnya untuk kembali merebut jawatan...

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

Aktivis Buruh Cadang Gaji Maksimum Kurangkan Jurang Gaji ‘Melampau’

18/08/2024
0

Meski mengalu-alukan kenaikan gaji penjawat awam, aktivis buruh Callistus Antony D'Angelus berkata bahawa undang-undang yang mengawal pekerjaan sektor swasta perlu...

Next Post

Devamany Akan Bertanding Dalam Pemilihan MIC

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd