• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengurus Projek Petronas ICT Dituduh Rasuah

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Pengurus Projek Petronas ICT Sdn. Bhd. (Petronas ICT) didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Selangor hari ini berhubung tiga pertuduhan menerima rasuah bagi membocorkan maklumat mengenai sebut harga tender syarikatnya pada tahun 2013 dan 2014.

Tertuduh, Ali Amran Alias, 42, bagaimanapun mengaku tidak salah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata, Ali Amran didakwa menerima rasuah daripada pemilik syarikat Ahmad Fauzan Hashim sebagai dorongan berkaitan hal ehwal prinsipal tertuduh iaitu membocorkan maklumat sebut harga.

“Ia bagi melayakkan Syarikat Nera Infocom terpilih sebagai kontraktor melaksanakan kerja pemasangan sistem radio UHF Bintulu Crud Terminal (BCOT) di Petronas ICT Tanjung Kidurung, Bintulu.

“Ketika siasatan dikendalikan beliau merupakan Pengurus Projek Petronas ICT Sdn. Bhd., yang mengendalikan sepenuhnya projek-projek Petronas ICT Tanjung Kidurung, Bintulu. SPRM menyiasat isu ini sejak awal tahun ini,” kata kenyataan itu hari ini.

SPRM turut menyiarkan intipati tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas Ali Amran seperti berikut:

Tuduhan pertama: Menerima cek Malayan Banking berjumlah RM7,084.60 melalui akaun ibu mertua tertuduh, Rita Luat daripada Ahmad Fauzan pada 10 Oktober 2013 di Hong Leong Bank Seksyen 15, Shah Alam.

Tuduhan kedua: Menerima cek HSBC berjumlah RM14,169.20 melalui akaun ibu mertua tertuduh, Rita Luat daripada Ahmad Fauzan pada 13 Mac 2014 di Hong Leong Bank Seksyen 15, Shah Alam.

Tuduhan ketiga: Menerima cek HSBC berjumlah RM10,626.90 melalui akaun ibu mertua tertuduh, Rita Luat daripada Ahmad Fauzan pada 9 Mei 2014 di Hong Leong Bank Seksyen 15, Shah Alam.

Menurut SPRM, Ali Amran didakwa di bawah seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan mana-mana yang lebih tinggi.

“Hakim Sabariah Atan membenarkan tertuduh diikat jamin RM21,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport tertuduh diarah diserahkan kepada mahkamah. Kes ini akan disebut semula pada 30 November 2015,” kata SPRM. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Petronas ICTrasuah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd