• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Naib Presiden PAS, Nasharudin Dilantik CEO GMMF

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) berkuatkuasa 1 November ini.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, pelantikan itu keyakinan GMMF ke atas kemampuan pemimpin PAS itu memperkasakan konsep kesederhanaan dalam negara.

“Dengan pelantikan itu, GMMF yakin dalam meneruskan usaha untuk mengukuhkan perkaitan kesederhanaan dalam konteks negara ini.

“Yayasan (GMMF) akan bekerjasama rapat dengan pihak-pihak berkepentingan dalam merealisasikan pengoperasian Deklarasi Langkawi mengenai pergerakan kesederhanaan global,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut kenyataan itu, Nasharudin waktu ini merupakan Pengerusi Yayasan Nassar dan terlibat aktif dalam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) serta merupakan Ahli Majlis Hubungan Islam Cina (CICR).

Beliau juga bekas Naib Presiden PAS bagi penggal 2005-2011 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Yan dari tahun 1999 hingga 2004 dan Ahli Parlimen Bachok dari 2008-2013. – MYNEWSHUB.CC

Tags: GMMFNasharudin Mat IsaPAS
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

PAS Tolak Perjuangan PH Didominasi DAP

01/10/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menolak perjuangan Pakatan Harapan (PH) didominasi DAP kerana didakwa berpegang kepada prinsip sekular iaitu memisahkan politik...

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd