• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beberapa Pemimpin UMNO Dipantau, Cuba Burukkan Parti

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Enam atau tujuh” orang pemimpin UMNO sedang dipantau kerana cuba memburukkan parti dan kerajaan, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Sekiranya mereka perlu dikenakan tindakan, kita akan hantar kertas siasatan kepada Lembaga Disiplin kerana kita tidak mempunyai kuasa untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau enggan menamakan pemimpin-pemimpin tersebut.

Tengku Adnan juga meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad agar tidak mencampuri urusan kerajaan mentadbir negara.

Beliau berkata kerajaan tidak memerlukan orang luar untuk campur tangan dalam setiap isu berkaitan urusan negara kerana ia mempunyai cara tersendiri untuk menanganinya.

“Dr. Mahathir dah habis (bersara)… sudah-sudahlah. Biar kerajaan sahaja yang selesaikan masalah ini. Bagaimanapun saya hormat pandangan beliau itu.

“Saya juga sedar bahawa Tun Mahathir kini sudah mula menghentam saya dan sebagai Setiausaha Agung saya hanya menjalankan tugas sebaik mungkin,” katanya ketika diminta mengulas saranan Dr. Mahathir yang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Tengku Adnan juga meminta agar masyarakat menghentikan sikap melaga-lagakan pemimpin lama dan pemimpin baharu kerana baginya perbuatan itu tidak memberi apa-apa keuntungan kepada mana-mana pihak.

Dalam pada itu, beliau berkata peguam UMNO akan menghantar surat balas kepada Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga anggota UMNO dalam masa terdekat bagi menjawab persoalan bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu mengenai surat tunjuk sebab yang dihantar kepadanya pada 28 Sept lalu.

Surat tunjuk sebab itu dihantar oleh Tengku Adnan berkenaan kehadiran Saifuddin di majlis pelancaran gabungan baharu parti pembangkang, Pakatan Harapan, pada 22 Sept lalu.

Terdahulu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, diiringi timbalannya, Datuk Dr. Loga Bala Mohan, dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin, menghadiri majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan di Residensi Kepongmas di sini.

Projek fasa pertama yang dibangunkan oleh Syarikat Sinerjuta Sdn Bhd di Kepong itu menawarkan 1,514 unit rumah mampu milik berharga RM188,000 hingga RM198,000 dengan keluasan 800 kaki persegi, dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu tempat letak kereta.

Tengku Adnan berkata nilai pasaran semasa bagi unit yang ditawarkan pada harga kurang daripada RM200,000 tersebut adalah RM235,000 seunit.

Katanya 500 pembeli yang layak mencabut undi bagi memiliki fasa pertama pangsapuri, yang dijangka siap pembinaannya pada 2018. – BERNAMA

Tags: Tengku AdnanUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd