• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2016 Dijangka Lebih Realistik

oleh Ahmad Albab
23/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bajet 2016 berkemungkinan menjanjikan sesuatu untuk rakyat termasuk golongan kelas pertengahan, tetapi jangkaan harus realistik.

Salah satu belanjawan yang paling mencabar setakat ini bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia dijangka memberi manfaat kepada semua peringkat masyarakat dan menggalakkan sektor utama dan pada masa sama lebih berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Akan ada langkah-langkah untuk membantu mengimbangi kenaikan kos sara hidup termasuk memperuntukkan lebih banyak skim seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah.

Isu perumahan dijangka menjadi salah satu keutamaan dalam pembentangan bajet kali ini.

Perdana Menteri dalam mesej pra-Bajet 2016 pada Khamis berkata kerajaan berada dalam kedudukan baik untuk terus mendahulukan rakyat.

Bajet ini akan menyediakan bantuan terutamanya kepada golongan paling mudah terjejas bagi menangani kenaikan kos sara hidup, menyokong sektor swasta dengan dasar pro perniagaan dan memastikan pertumbuhan inklusif, meningkatkan pembangunan modal insan dan meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau.

“Saya ada rancangan dan ia membuahkan hasil. Saya tidak akan terganggu kerana kesannya amat serius jika rancangan ini tidak dijayakan.

“Bajet 2016 akan membuktikan bagaimana rancangan ini akan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia dan meneruskan langkah seterusnya untuk mencapai Wawasan 2020 dan status sebagai sebuah negara maju.

“Masa depan dan kebajikan semua rakyat Malaysia adalah keutamaan saya,” tegas beliau.

Seorang pegawai kanan Kementerian Kewangan berkata; “kami mempunyai sesuatu untuk semua pihak.”

Bajet kali ini mungkin menawarkan insentif kepada sektor utama tertentu yang mahu dipromosikan kerajaan dan ia komited dalam meneruskan projek infrastruktur utama seperti Lebuhraya Pan Borneo dan transit aliran ringan dan projek sistem Transit Aliran Massa (MRT). – mStar Online

Tags: Bajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd