• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2016 Beri Kelebihan Perkemas Tentera Darat

oleh Ahmad Albab
27/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Tentera Darat Malaysia menyambut baik pembentangan Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat lalu yang nyata memberi banyak kelebihan serta mampu memperkemas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya Tentera Darat.

Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata pengumuman peruntukan Bajet 2016 mengenai pembangunan kem tentera darat Esscom di Sabah, secara tidak langsung memudahkan penugasan pegawai dan anggota tentera serta Polis Diraja Malaysia untuk menjaga sempadan.

“Kami amat menghargai keprihatinan kerajaan pusat yang sentiasa menjaga hal keselamatan dan kebajikan tentera dan turut memperkemas aset ketenteraan.

“Ia termasuk pembinaan rumah kakitangan tentera, penyambungan projek 8×8, penambahan aset dan peningkatan infrastruktur serta berbagai lagi,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan penutup Kejohanan Payung Terjun Tertutup ATM 2015 di Kompleks Sukan Gong Badak di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2016 mengumumkan peruntukan RM17.3 bilion kepada Kementerian Pertahanan sebagai komitmen melaksanakan pelan pembangunan keupayaan ATM secara berperingkat.

Peruntukan tersebut antaranya merangkumi memperkemas aset dan teknologi ketenteraan serta turut memperuntukkan sejumlah RM523 juta untuk pembangunan kem tentera darat Esscom di Felda Sahabat, Lahad Datu, Sabah.

Raja Mohamad Affandi berkata menerusi pembangunan kem tentera darat dan markas brigade Esscom di Sabah itu, kem tersebut akan menjadi penempatan perkhidmatan tetap.

“Jadi selepas ini kami tak perlu buat pertukaran anggota. Ketika ini kami bekerjasama dengan pihak Felda dan bila lulus, projek ini akan segera dilakukan.

“Kami jangkakan bila projek ini bermula, ia akan mengambil masa 18 hingga 24 bulan untuk disiapkan,” katanya. – BERNAMA

 

[wpdevart_youtube]xrHsHxWpYSE[/wpdevart_youtube]

Tags: Bajet 2016
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tidak Perlu Pengubahsuaian Bajet Lagi Buat Masa Ini

19/02/2016
0

SAN FRANCISCO - Tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil...

Perlis Tidak Terjejas Dengan Pengubahsuaian Bajet – Azlan Man

01/02/2016
0

KANGAR - Perlis tidak terkesan dengan pengubahsuaian Bajet 2016 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini malah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd