Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

3 Banduan Terlepas Tali...

MUAR - Tiga banduan terlepas daripada hukuman gantung apabila masing-masing dihukum penjara 18...

Sultan Brunei Tiba Untuk...

PETALING JAYA - Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah berangkat tiba di Malaysia untuk...

Kerajaan Akan Terus Bantu...

BALIK PULAU - Kerajaan Persekutuan akan terus memberikan bantuan kepada penduduk-penduduk Balik Pulau...

Agong Perkenan Terima Menghadap...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Anak Sara Ibu Bapa Diberi Pelepasan Cukai RM1,500

KUALA LUMPUR – Mulai tahun depan, buat julung kalinya, anak-anak yang menyara ibu bapa walaupun tidak tinggal bersama akan diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing-masing untuk ibu dan bapa.

“Tapi dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing tidak berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan dan berumur 60 tahun ke atas,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat yang bertajuk ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’ di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur di bawah 18 tahun digandakan daripada RM1,000 kepada RM2,000 pada tahun depan.

Perdana Menteri turut mengumumkan, pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM4,000.

Beliau berkata kerajaan turut mengumumkan kenaikan had pelepasan cukai daripada RM6,000 kepada RM8,000 bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian dalam dan luar negara mulai tahun depan.


Najib menambah bagi ibu bapa kepada anak-anak kurang upaya (OKU) yang sedang melanjutkan pengajian di institusi dalam dan luar negara, had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM8,000 pada tempoh yang sama.

“Ingin saya tambah di sini, had pelepasan cukai sedia ada bagi ibu bapa yang mempunyai anak OKU adalah RM6,000. Ini bermakna, sekiranya anak OKU ini melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara, jumlah pelepasan cukai yang boleh dituntut secara keseluruhannya adalah sebanyak RM14,000,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata untuk membolehkan lebih ramai pekerja mendapat manfaat di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kelayakan caruman wajib dinaikkan daripada gaji RM3,000 kepada RM4,000 sebulan.

Jelasnya, pengubahsuaian ini memanfaatkan 500,000 pekerja yang jika pencarum meninggal dunia dalam tempoh perkhidmatan, waris akan menerima bayaran bulanan sehingga 90 peratus pendapatan bulanan terakhir si mati (pencarum). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori