• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Mendapat Malu, Bersihkan Nama Saya! – Pemandu Teksi

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Pemandu teksi yang sebelum ini ditahan reman kerana dipercayai terlibat dengan kes penculikan budak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang merayu kepada pihak polis agar namanya yang telah tercemar dibersihkan.

BACA: Tiada Kaitan Kes Culik Kajang, Pemandu Teksi Dibebaskan

Menurut pemandu teksi berkenaan, Hanizan Mohamed Radzi, penahanannya sebagai suspek telah memalukan ahli keluarganya.

“Anak-anak saya malu atas apa yang berlaku. Tolong, tolong bersihkan nama saya.

“Saya hanya seorang pemandu teksi, saya tidak lakukan apa-apa,” katanya seperti yang dipetik dalam mStar Online.

Hanizan membuat rayuan itu kepada pegawai polis ketika dia dibawa ke Mahkamah Majistret, Kajang untuk dibebaskan selepas ditahan reman seminggu untuk membantu siasatan.

Dia dibebaskan dengan bon polis mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

Manakala tiga lagi suspek termasuk dalang penculikan telah didakwa di Mahkamah Kajang, pagi Jumaat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

Pada 9 Oktober lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang dilaporkan diculik oleh dua lelaki telah dibawa pulang dalam keadaan selamat ke pangkuan ahli keluarganya oleh seorang pemandu teksi pukul 5.35 petang, tidak sampai 24 jam kehilangannya.

Menurut Hanizan, dia terserempak dan menjumpai kanak-kanak tersebut secara kebetulan sedang merayau-rayau di tepi sebatang jalan sambil masih membawa beg sandang kecil yang berwarna hijau. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: mStar Online


Budak Diculik Di Kajang Dijumpai Pemandu Teksi oleh mynewshub

Tags: Kajangkes culikpemandu teksi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

Fadhli Shaari Ingatkan Pemandu Teksi RM1,000 Bukan Duit DAP, PH

26/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mengingatkan bahawa bantuan RM1,000 kepada pemandu teksi bukan wang milik...

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

RM1,000 Kepada Pemandu Teksi Melaka Hasil Jualan Nombor Pendaftaran H RM91 Juta – Anthony Loke

25/10/2026
0

MELAKA - Kerajaan Madani memberi perhatian kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk Sumbangan Asas Rahmah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd