• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktres Jelita Hollywood Pakai Seluar Dalam Buruk

oleh
08/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Siapa sangka di sebalik penampilan anggun Cate Blanchett dalam pelbagai acara karpet merah, sebenarnya ada sehelai pakaian dalam yang sama sekali ‘tidak seksi’ melindungi bahagian tubuhnya paling intim.

Bahkan aktres jelita berasal dari Melbourne, Australia dan berusia 46 tahun ini mendakwa dalam keluaran terbaharu majalah antarabangsa, People bahawa dia memiliki seluar dalam yang dianggap paling buruk di dunia.

“Anda pasti akan langsung terkejut jika lihat apa yang ada di laci khas pakaian dalam di bilik tidur saya. Saya bersumpah, alasan saya sering jelita dalam rakaman foto supaya dapat memakai celana dalam terkini,” ujar Cate.

Bintang Hollywood ternama ini malah menceritakan bahawa dia masih lagi menyimpan dan memakai seluar dalam yang khusus dibuatkan ibunya sendiri ketika pernah menuntut di sebuah sekolah menengah di Australia.

“Saya miliki perasaan ganjil apabila berada di butik lingerie, saya tidak tahu apa harus dibeli. Oh! Anda kena lihat seluar dalam yang dibuatkan ibu saya itu, warnanya abu kusam, seperti cat dinding penjara,” katanya tergelak.

Keadaan itu pernah membuat wanita yang sudah ada empat orang anak ini menjadi sensasi apabila menghadiri anugerah filem Australia awal tahun ini tanpa memakai seluar dalam sehingga menyerlahkan bentuk alur farajnya.

cate-blanchett-584388_w1000

Apakah ini bererti Cate masih mengenakan koleksi celana dalamnya yang buruk itu di sebalik mengenakan seluruh busana cantik koleksi ekskusif Armaninya selama ini? “Ya,” jawab jujur aktres graduan Universiti Melbourne itu.

Dahulu sewaktu masih bersekolah, Cate mengaku sudah biasa mengenakan busana yang dijahitkan sendiri ibunya, June; seorang bekas guru dan pemaju hartanah di Australia serta ibu tunggal selepas kematian suaminya, Robert.

“Saya menggambarkan busana yang saya inginkan, dan ibu saya pasti menjahitkannya untuk saya. Ibu saya sangat kreatif,” kenang Cate nostalgia lama yang cukup sentimental. Dia ialah anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

Abangnya, Bob kini jurutera sistem komputer manakala adik perempuannya, Genevieve ialah pereka teater. Bapa mereka pula bekas kelasi tentera laut Amerika Syarikat (AS) yang kemudian menjadi eksekutif firma pengiklanan.

Namun, selepas bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung ketika Cate berusia 10 tahun, ibu mereka menjadi ketua keluarga dan di sinilah bermulanya keanggunan Cate sebagai antara aktres paling jelita di Hollywood.

Baca: Wanita Tidak Cukur Bulu Kemaluan Berisiko Sakit

2647954500000578-2977735-image-m-19_1425404904546

Bukan itu sahaja, Cate dianggap bintang Australia paling berjaya dengan pernah memenangi dua kali Academy Awards, tiga kali Screen Actors Guild Awards, tiga kali Golden Globe Awards dan tiga kali British Film Awards.

Selain busana, Cate juga menyatakan bahawa ibunya sangat teliti memerhatikan kesihatan dan kecantikan dirinya kerana Australia, negara empat musim, membuatkan dia harus rajin dan ‘cerewet’ dalam soal perawatan kulit.

“Sebenarnya kulit saya tidak bermasalah, tapi saya suka kegiatan di luar rumah. Jadi, saya terbiasa mengenakan minyak untuk kulit, losyen kalis sinaran terik matahari dan perawatan kulit lainnya,” terang Cate terus terang.

Sejak kecil, si ibu selalu mengingatkan Cate mengenai bahaya kanser kulit dan risiko kematian lain, jika dia tidak merawat dan buat tindakan pencegahan awal dalam menjaga tahap kesihatan kulit tubuh. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: hollywoodseluar dalam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

“Insha’Allah” Jadi Sebutan, Anne Hathaway Raih Perhatian Dunia

23/04/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway, mencetuskan perhatian global selepas menggunakan ayat “Insha’Allah” ketika bercakap mengenai...

Hello Kitty Bakal Buat Penampilan Di Hollywood

09/03/2019
0

TOKYO - Ikon comel berwajah bulat popular Jepun, Hello Kitty, akan membuat penampilan dalam filem Hollywood buat kali pertama tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd