• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktor Kacak Arab Saudi Ditahan Kerana Selfie Dengan Peminat

oleh AK-47
29/10/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG aktor kacak dari Arab Saudi dilaporkan telah ditangkap oleh pihak berkuasa hanya kerana dikerumuni oleh peminat wanita yang mahu mengambil gambar selfie bersamanya di sebuah pusat beli-belah di Riyadh.

Abdul Aziz Al-Kassar yang merupakan pelakon dan pengacara didakwa telah menimbulkan kekecohan di kalangan peminat wanita yang menyerangnya ketika berada di pusat beli-belah Al Nakheel di sana.

Aktor popular yang berasal dari Kuwait itu dikatakan datang ke Riyadh atas urusan kerja.

[VIDEO: WANITA KANTOIKAN SUAMI CURANG DENGAN ORANG GAJI]

3952902142
Abdul Aziz Al-Kassar

Walau bagaimanapun, Aziz secara tidak sengaja telah menarik perhatian peminatnya di situ selepas dia meminta peminatnya memberi saranan ‘pusat beli-belah yang harus diziarahinya’ melalui laman sosial.

Insiden yang berlaku pada jumaat lalu itu memperlihatkan Aziz yang sedang dikerumuni oleh segerombolan peminat wanita yang mahu bergambar bersamanya di situ telah ditarik keluar oleh ahli Suruhanjaya Penggalak Kebaikan dan Pencegahan Maksiat dan ditahan reman.

Aziz dituduh telah membuat kekecohan di khalayak ramai, bercampur dan bergaul dengan wanita bukan muhrim serta menyalahgunakan media sosialnya.

kassar
Abdul Aziz Al-Kassar

“Saya tidak sangka akan ada seramai itu yang menunggu saya.

“Saya mahu menjelaskan, kehadiran peminat wanita di pusat membeli-belah itu adalah di luar kawalan saya. Sebaik sahaja saya masuk, saya telah dikerumuni oleh mereka semua sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah bilik kecil,” katanya.

Video Aziz ditarik ketika diserbu peminatnya juga tersebar di laman sosial. Walau bagaimanapun, pelakon tersebut telah dibebaskan selepas diikat jamin.

Siasatan masih lagi dijalankan selepas suruhanjaya berkenaan menuduh aktor itu menggunakan laman sosial untuk menarik perhatian peminatnya. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

 

Tags: aktorArab Saudiditahanlaman sosialselfie
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd