• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AG: Khairuddin, Matthias Tidak Ditahan Di Bawah Akta SOSMA

oleh AK-47
15/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang Wen Chieh tidak disabitkan dakwaan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) seperti yang didakwa mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Sebaliknya, kedua-dua individu itu didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan.

Menerusi kenyataan media yang diedar di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya hari ini, Mohamed Apandi menjelaskan SOSMA merupakan satu prosedur undang-undang yang menyediakan langkah-langkah khas untuk memudahkan penyiasatan dan pendakwaan berhubung kes ‘kesalahan keselamatan’.

Kesalahan keselamatan di bawah SOSMA juga tidak hanya tertakluk kepada tindakan pengganas yang menganggu ketenteraman awam dan negara seperti mana didakwa Tun M.

“Apabila SOSMA digubal, ‘kesalahan keselamatan’ adalah kesalahan di bawah Bab VI Kanun Keseksaan dan Bab VIA Kanun Keseksaan (kesalahan yang berkaitan dengan keganasan),” kata beliau.

Semalam, Tun M mempersoalkan pendakwaan terhadap Khairuddin dan Matthias mengikut SOSMA yang dikatakan sebagai satu bentuk penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa.

Khairuddin, Chang Didakwa Cuba Sabotaj Kewangan Negara

Mengikut fakta kes, Khairuddin dan Matthias semalam didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan cuba melakukan sabotaj terhadap perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan (Akta 547) dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd