• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5 Lokasi Baharu Sistem Pemantauan Perairan Di ESSZONE

oleh Ahmad Albab
29/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang membangunkan Sistem Pemantauan Perairan di lima lokasi baharu bagi memperluas liputan radar di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata ESSCOM juga sedang membangunkan lima Kawasan Sasaran di lima buah pulau di perairan Teluk Darvel, Lahad Datu dan Semporna bagi meningkatkan pengawasan di laluan berisiko tinggi berlaku penculikan bagi mendapatkan wang tebusan dan rompakan di laut.

“Pada masa kini, Sistem Pemantauan Perairan terletak di lapan lokasi yang beroperasi dari Pulau Banggi hingga ke Tinagat, Tawau.

“Kemudahan pengawasan ini diguna pakai dalam pengoperasian di ESSZONE. Sistem pengawalan radar ini dioperasikan oleh ATM yang berpusat di Markas Angkatan Tentera Bersama (ATB) 2 di Tawau,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Er Teck Hwa (DAP-Bakri) mengenai senarai jenis, keupayaan, lokasi Sistem Pemantauan Perairan yang terdapat di kawasan ESSZONE selain bot dan kapal yang telah dibeli dan beroperasi di kawasan terbabit serta tindakan, operasi dan siasatan yang telah dijalankan sehingga kini.

Di samping itu, Shahidan berkata pada masa kini, terdapat lapan buah kapal dan 69 buah bot beroperasi pada satu-satu masa di perairan ESSZONE dengan pengawasan ditumpukan di laluan berisiko tinggi dan kawasan panas yang dikenal pasti.

Menurutnya, ESSCOM juga sedang melaksanakan perolehan bagi 92 buah bot laju pelbagai jenis bagi meningkatkan kehadiran visual dan pencegahan.

“Bot laju ini akan diperolehi secara berperingkat dan diterima sepenuhnya menjelang Februari 2016,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan bahawa penubuhan ESSCOM berjaya menghalang anasir-anasir luar sejak tragedi di Kampung Tanduo, Lahad Datu selain agensi itu sedang menggiatkan usaha menangani segala kes penculikan rentas sempadan di kawasan yang dikenal pasti.

“Rondaan dan operasi serta pemeriksaan juga dilakukan ke atas 113,316 orang di kawasan yang dijangka berlaku jenayah culik selain sentiasa membuat operasi di banyak kawasan dengan melibatkan pelbagai pihak berkuasa,” katanya. – BERNAMA

Tags: EsscomEsszoneSabahShahidan KassimTentera
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd