• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3,892 Pesalah Muda Telah Jalani Khidmat Masyarakat

oleh Ahmad Albab
04/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG BESAR – Seramai 3,892 pesalah muda telah menjalani Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) sehingga Jun lalu sejak program itu diperkenalkan pada 2008, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata dari jumlah itu, 2,851 orang berjaya menamatkan perintah itu dan bakinya masih menjalani perintah berkenaan.

Program itu didapati berkesan sebagai hukuman alternatif untuk mendidik pesalah muda mengulangi jenayah supaya mereka dapat diterima semula oleh masyarakat, katanya.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perpaduan Perlis, Rela Ahmad pada majlis penutupan Kem Intergrasi PKM di Felda Rimba Emas di sini hari ini.

Seramai 103 peserta dari seluruh negara menyertai kem tiga hari itu yang antara lin melibatkan aktiviti gotong-royong, ceramah agama dan sukan.

“Kajian keberkesanan PKM oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) mendapati 95.7 peratus pelatih dan bekas pelatih PKM bersetuju dengan program itu yang menurut mereka ia merupakan peluang bagi memperbaiki diri mereka dengan nilai-nilai murni,” katanya.

Menurut Rohani, kajian terhadap 608 bekas pelatih PKM mendapati 62 peratus atau 381 orang berjaya mendapat pekerjaan dalam pelbagai sektor, 3.6 peratus atau 22 orang melanjutkan pelajaran sehingga memperoleh ijazah di universiti tempatan dan seorang di universiti luar negara.

Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mmperkemaskan data dan profil bekas-bekas pelatih untuk merangka strategi terbaik bagi membantu mereka khususnya membina kerjaya termasuk bidang keusahawanan.

Seramai tujuh bekas pelatih PKM telah diberi geran modal maksimum RM2,700 seorang untuk menjalankan projek pemasangan jubin, pendawaian elektrik, menjahit sofa, langsir dan perniagaan salun rambut, tambahnya.

Kem integrasi itu adalah yang kedua diadakan sejak PKM diperkenalkan selepas kali pertama diadakan tahun lepas di Felda Bukit Kuantan, Pahang.

PKM ialah perintah alternatif yang dikenakan kepada pesalah muda berumur 18 hingga 21 tahun di bawah Seksyen 293(e)(i) Kanun Tata Jenayah untuk memberi pengajaran agar mereka tidak mengulangi kesalahan dan kembali ke pangkuan masyarakat.

Turut hadir pada majlis itu anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Titi Tinggi, Khaw Hock Kong, pengarah Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat JKM, Che Samsuzuki Che Noh dan pengarah JKM Perlis, Zaimi Abdul Rani. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=8YNHKPf0L0g

Tags: Rohani Abdul Karimsosial
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Dalam Kajian Gubal Akta Keharmonian Sosial

07/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Akta Keharmonian Sosial akan digubal selepas kajian teliti mengenai keperluannya selesai dilaksanakan, kata Timbalan Menteri di Jabatan...

Skandal Seks Dalam Remaja, Posting Ini Buka Mata Dunia!

22/11/2017
0

ALAHAI... Saban hari, ada sahaja berita mengenai gejala sosial yang melibatkan kalangan remaja termasuklah mereka yang masih di bangku sekolah....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd