• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Kapal Ditahan APMM Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
06/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal kerana melakukan pemindahan minyak dan sebuah lagi bersauh tanpa kebenaran di perairan Pengerang, Kota Tinggi, petang semalam.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah Tanjung Sedili, Kapten Maritim Amran Daud berkata seramai 20 kru warga asing berusia antara 22 dan 52 tahun juga ditahan dalam kejadian berkenaan.

“Kapal yang disyaki melakukan pemindahan minyak itu ditahan pasukan ronda APMM pada pukul 3 petang di kedudukan kira-kira 2.3 batu nautika Tenggara Tanjung Ayam.

“Semasa ditahan, kapal MT Vitology itu yang berdaftar di Malabo, Equatorial Guinea sedang memindahkan 80,000 liter minyak disyaki jenis ‘Marine Gas Oil’ ke kapal MT An Phu, yang didapati tidak mempunyai sebarang dokumen,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amran berkata, seramai 16 kru warga Indonesia dan Vietnam berusia antara 31 dan 51 tahun, yang berada dalam dua kapal itu ditahan bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, baru selesai menahan dua kapal itu, sebuah lagi kapal yang didaftarkan di Ulaan Batar, Mongolia telah turut ditahan pada jarak berhampiran iaitu kira-kira 2.4 batu nautika di perairan sama.

Ia dikesan membawa empat kru warga Indonesia berusia 22 hingga 52 tahun dan pemeriksaan mendapati ia berlabuh tanpa kebenaran dan tidak membayar dius api dan gagal melaporkan ketibaan di perairan terbabit.

Ketiga kes masing-masing disiasat mengikut Seksyen 49 1B(1)(k) dan Seksyen 49 1B (I)(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953. – BERNAMA

Tags: APMMKapal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

Harga Minyak Masih Mahal Kerana Harga Beli Sudah Berubah – PM Anwar

18/04/2026
0

KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan harga minyak masih tinggi walaupun kapal Malaysia telah melepasi Selat...

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd