• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Definisi Ibu Tunggal Di Kenal Pasti – Rohani Abdul Karim

oleh Ahmad Albab
05/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan kini mengiktiraf tiga definisi bagi ibu tunggal, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata definisi itu dipersetujui oleh jawatankuasa petugas yang ditubuhkan awal Jun tahun lalu.

Definisi itu ialah wanita yang merupakan ketua keluarga yang telah bercerai atau berpisah secara kekal dengan suaminya dan mempunyai anak yang belum berkahwin yang tinggal bersamanya.

Definisi kedua merupakan wanita selau ketua keluarga dan telah berkahwin namun suaminya tidak mampu bekerja ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan dan terdapat anak yang belum berkahwin dalam keluarganya.

Ketiga ia berupa wanita ketua keluarga dan tidak pernah berkahwin dan mengambil anak angkat atau anak tidak sah taraf.

Rohani berkata definisi itu dapat menjelas kekeliruan mengenai status ibu tunggal dan bantuan yang sepatutnya disampaikan kepada mereka dan individu yang bergantung kepada mereka.

“Sebagai hasilnya, jika sebelum ini terdapat kira-kira 800,000 ibu tunggal dalam rekod kita, tetapi selepas pengkelasan itu, jumlahnya berkurangan kepada 235,240 orang,” katanya kepada pemberita pada majlis perjumpaan dengan pemimpin wanita korporat, badan bukan kerajaan dan penjawat awam di sini, Isnin.

Beliau menjelaskan bagi warga emas yang berumur lebih 60 tahun dan mengambil anak angkat, mereka tidak boleh diklasifikasi sebagai ibu tunggal tetapi lebih kepada warga emas, tetapi kementeriannya akan mengendalikan kes itu secara basis.

Mengenai pindaan Akta Kanak-Kanak 2015, Rohani berkata ia hampir dibawa ke Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama bulan ini dan Jabatan Peguam Negara lebih kurang telah bersetuju dengannya.

Pindaan itu lebih memfokus kepada aspek perlindungan kanak-kanak dan hak kanak-kanak, katanya. – BERNAMA

Tags: ibu tunggalRohani Abdul Karim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

Duda Warga Emas, Ibu Tunggal Ditahan Berkhalwat

01/09/2025
0

Melaka: Lapan pasangan dicekup berkhalwat menerusi Operasi Cegah Jenayah Syariah (OCJS) di beberapa hotel sekitar Bandaraya Melaka, awal pagi semalam....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd