• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB Hormati Hak BNM Untuk Membatalkan Kebenaran Terdahulu

oleh Ahmad Albab
10/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menghormati sepenuhnya hak Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membatalkan kebenarannya yang terdahulu dan mengeluarkan apa-apa arahan yang difikirkan patut di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Keputusan ini diambil walaupun Pejabat Peguam Negara mengesahkan tidak ada kesalahan yang telah dilakukan oleh pegawai-pegawai 1MDB.

“1MDB bersedia bekerjasama dengan BNM, bagi menangani kebimbangan mereka dan mencari penyelesaian yang berdaya maju kepada perkara yang tertangguh ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut 1MDB, sejak siasatan BNM dimulakan pada Jun 2015, pengurusan dan lembaga pengarahnya telah memberi kerjasama yang menyebabkan kertas siasatan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.

Selain menyerahkan jawapan bertulis dan berkongsi dokumen, anggota lembaga pengarah 1MDB, kakitangan semasa dan bekas kakitangan telah ditemu bual BNM, dengan kenyataan saksi direkod secara terperinci.

BNM menjelaskan hari ini yang ia telah mencadangkan prosiding jenayah kepada Pejabat Peguam Negara atas alasan “…pendedahan tidak tepat atau tidak lengkap maklumat penting…” dan bukan kerana pengubahan wang atau dakwaan perbuatan jenayah sebagaimana ditonjolkan media dan ahli politik pembangkang tertentu.

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara sebagai pihak berkuasa yang sah untuk perkara seumpama itu, telah memutuskan ‘tidak ada kesalahan dilakukan oleh pegawai 1MDB’ dan mengarahkan supaya ‘tiada tindakan selanjutnya perlu diambil’.

Tanpa mengambil kira arahan Pejabat Peguam Negara ini, BNM telah mengeluarkan arahan supaya 1MDB membawa balik wang berjumlah US$1.83 bilion.

Ia adalah berkaitan kebenaran tertentu yang diberikan BNM antara 2009 dan 2011 untuk 1MDB membuat pelaburan di seberang laut.

“Ia penting untuk menjelaskan yang kebenaran terbabit, ketika diberikan, tidak memerlukan dana-dana itu dibawa pulang.

“Selain itu, penggunaan dana terbabit telah diterangkan secara terperinci dalam nota kepada kenyataan kewangan 1MDB yang boleh diperoleh orang ramai bertarikh 31 Mac 2009 hingga 3 Mac 2014,” katanya.

Pelaburan seberang laut bernilai US$1.83 bilion itu adalah berkaitan pelaburan pinjaman ekuiti dan murabahah dalam usaha sama dengan PetroSaudi pada 2009 hingga 2011, yang akhirnya ditukar pada September 2012 kepada unit dana bernilai US$2.318 bilion.

Sebagaimana diterangkan sebelum ini oleh 1MDB kepada BNM, sejumlah US$2.318 bilion telah ditebus pada 2014 dan 2015, dengan hasilnya sebahagian besar telah digunakan.

Baki US$940 unit dana itu telah dijamin oleh Aabar dan telah diketepikan untuk ‘hutang bagi pertukaran aset’ dengan syarikat induk bertaraf ‘AA’, IPIC, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB.

Oleh itu adalah jelas yang jumlah asal US$1.83 bilion sama ada telah dibelanja atau diketepi untuk pengaturan penyelesaian hutang, yang akan menyebabkan pengurangan besar hutang 1MDB, berdasarkan pelan rasionalisasi itu.

1MDB juga berkata, ia telah bersusah payah memberikan beberapa penjelasan bertulis dan lisan mengenai fakta terbabit kepada BNM antara Jun dan akhir September 2015. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=zGKK0eES5rQ

Tags: 1MDBBNM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Najib Sedih 2 Murid SK Tohoi Ditemui Meninggal Dunia

Next Post

Perut Pesawat Airbus Gesel Pagar Lapangan Terbang

Related Posts

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

Tiga Waran Tangkap Dikeluarkan Terhadap Bekas Peguam 1MDB, Jasmine Loo: saksi

10/04/2025
0

PUTRAJAYA: Tiga waran tangkap dikeluarkan kepada bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan untuk didakwa mengikut pertuduhan...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Perut Pesawat Airbus Gesel Pagar Lapangan Terbang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd