• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: Arul Kanda Sahut Cabaran Debat Tony Phua

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy hari ini manyahut cabaran Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua untuk berdialog menerusi satu program bual bicara berkenaan kes yang melibatkan syarikat pelaburan negara itu.

Tony yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara dan pemimpin DAP sebelum ini meluahkan pendapat, program bual bicara secara langsung adalah cara terbaik dalam menjelaskan isu 1MDB.

“Saya menerima cabaran Tony Pua dan menantikan jawapan daripadanya,” kata Arul dalam satu kenyataan pada Khamis.

Arul bagaimanapun berkata, Tony perlu meletak jawatan beliau dalam PAC terlebih dahulu untuk mengelak pertembungan kepentingan diri.

“Seperti mana yang diketahui, Tony Pua merupakan Ahli PAC yang sedang melakukan siasatan terhadap 1MDB.

“Bagi mengekalkan integriti dalam siasatan PAC dan mengelak sebarang pertembungan kepentingan peribadi, Tony Pua perlu terlebih dahulu meletak jawatan dalam PAC,” katanya.

Tambah Arul, walaupun Tony sanggup berbuat demikian namun beliau tetap tidak boleh menjadi hakim mahu pun juri yang menentukan hukuman.

“Saya percaya dia mempunyai keberanian untuk membuat perkara yang betul dan sanggup meletak jawatan dalam PAC supaya ‘tiada tangan terikat’ ketika kami berdua muncul dalam program bual bicara secara langsung itu,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: 1MDBPACTony Pua
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

‘Jika Ada Kekeliruan, Tony Pua, Mat Sabu, Bar Council Patut Tanya PMX’ – Onn Hafiz

12/11/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan Tony Pua, Datuk Seri Mohamad Sabu, Majlis Peguam (Bar...

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

PMX Anwar Sindir, Kitab Mana Kata Semua Hutang 1MDB Sudah Habis bayar?

19/10/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas mana-mana pihak yang menyatakan bahawa hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd