• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19,175 Pembeli Hartanah PKNS Belum Pindah Hak Milik

oleh Ahmad Albab
17/10/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Sebanyak 19,175 pembeli hartanah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum memindah milik hartanah mereka ke atas nama masing-masing, kata Pengurus Besarnya Azlan Md Alifiah.

Beliau berkata keadaan itu menyebabkan PKNS terpaksa menanggung beban kewangan berikutan terpaksa menanggung pelbagai cukai yang dikenakan ke atas hartanah itu sejak 1980.

“Antara sebab berlaku keadaan itu ialah pembeli asal telah meninggal dunia dan waris yang ada gagal dikesan atau tidak dapat dihubungi.

“Selain itu, bayaran duti setem dan yuran guaman yang tinggi juga antara sebab pembeli enggan memindah milik hartanah tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Hartanah PKNS, di sini hari ini.

Beliau berkata bagi mengatasi perkara itu, PKNS mengadakan kempen bersepadu bermula Jun tahun ini hingga Mei tahun depan, bagi memberi penerangan di samping membantu pemilik melakukan proses pindah milik hartanah mereka.

Majlis cabutan bertuah menawarkan antaranya dua jongkong emas seberat 150 gram bernilai kira-kira RM25,000 setiap satu itu diadakan sempena menghargai pembeli hartanah PKNS yang berjaya memiliki hartanah perbadanan itu pada 2014.

Seorang pemenang utama, Mohd Hafiz Yusoff, 35, berkata beliau tidak menyangka dapat memenangi hadiah utama berupa jongkong emas seberat 150 gram itu.

Beliau yang bekerja sebagai eksekutif teknologi maklumat di sebuah syarikat swasta dan membeli seunit hartanah PKNS di Cyberjaya, berkata hartanah PKNS amat berbaloi untuk dibeli kerana harga berpatutan selain kualiti binaan yang baik. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]8BQEOgDJJMw[/wpdevart_youtube]

Tags: PKNS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bina Laluan Alternatif Kurangkan Kesesakan Di Putatan

Next Post

Jumlah Pakar Bius Dijangka Meningkat Sekali Ganda

Related Posts

Jenazah Kakitangan PKNS Azalan Dikebumi Di Shah Alam

20/10/2019
0

SHAH ALAM - Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan yang maut dalam satu kemalangan di Turki pada...

Bersihkan Hutan Gombak Untuk Projek PKNS Dibantah

19/02/2019
0

PETALING JAYA - Sebuah organisasi yang memayungi 8 kumpulan pencinta alam memberi amaran kepada kerajaan Selangor yang meneruskan projek perumahan...

Next Post

Jumlah Pakar Bius Dijangka Meningkat Sekali Ganda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd