Monday, March 4, 2024

Creating liberating content

Bunkface Jalin Kerjasama Dengan...

BULAN lalu, kumpulan Bunkface diumumkan menjalin kerjasama strategik dengan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur...

Kerajaan Masih Kaji Kesesuaian...

KUALA LUMPUR - Kerajaan masih mengkaji kesesuaian untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan...

Zamihan Direman 2 Hari...

KUALA LUMPUR - Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin...

Muhyiddin Terima Suntikan Pertama...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebentar tadi, menerima suntikan...

1,744 Saman Trafik Dikeluarkan Menerusi Op Khas Kluang

KLUANG – Polis mengeluarkan 1,744 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Khas Kluang sepanjang enam hari di seluruh daerah ini mulai 28 Sept lepas sehingga hari ini.

Pegawai Turus Penguatkuasa Trafik Bukit Aman Supt Bon Jeen Ahrom berkata daripada jumlah itu, 73 saman adalah atas kesalahan memandu melebihi had laju manakala bakinya pelbagai kesalahan lain.

“Kesemua saman yang dikeluarkan itu adalah berdasarkan pemeriksaan terhadap 5,371 pengguna jalan raya menerusi sekatan jalan raya dan pemeriksaan rambang,” katanya kepada pemberita selepas mengetuai Op Khas Kluang di Km7, Jalan Kluang-Mersing, di sini hari ini.

Jeen berkata operasi 24 jam sepanjang enam hari itu melibatkan 23 pegawai dan 114 anggota merangkumi Cawangan Trafik Bukit Aman, Trafik Kontinjen Johor, Trafik Cawangan Kluang serta dibantu anggota sukarelawan polis.

Beliau berkata operasi turut memeriksa 5,314 kenderaan pelbagai jenis meliputi 1,739 motosikal; 2,572 kereta serta 1,003 kenderaan perdagangan dengan 22 motosikal kemudian disita atas pelbagai kesalahan.

Katanya seramai sembilan pendatang asing tanpa izin rakyat Nepal turut ditahan menerusi operasi terbabit kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Menurut Jeen, tujuan utama operasi khas tersebut adalah untuk menguatkuasakan undang-undang, peraturan lalu lintas serta mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di seluruh daerah ini.


Beliau berkata mengikut statistik, sebanyak 2,849 jumlah kemalangan jalan raya dicatatkan berlaku di daerah ini sejak Januari hingga Ogos tahun ini dengan 66 kes daripadanya adalah kemalangan maut yang melibatkan 75 kematian.

Katanya operasi terbabit juga merupakan tindakan susulan daripada kemalangan maut jalan raya ke atas Pegawai Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang ASP Margaret Tagum Goen yang terkorban akibat dilanggar penunggang motosikal ketika menjalankan operasi cegah lumba haram di sini, 6 Sept lepas.

“Operasi seumpama ini akan dilakukan berterusan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya sekali gus membanteras kegiatan lumba haram,” katanya.

Beliau sehubungan itu turut menasihati seluruh pegawai dan anggota trafik supaya sentiasa memastikan keselamatan masing-masing ketika menjalankan tugas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • saman

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori