Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Gosip Anita Bercerai Palsu,...

Bukan pertama kali diperkatakan, gosip tentang rumahtangga diva sensasi, Anita Sarawak pernah beberapa...

Anak Angkat Azharina Meninggal...

"SAYA reda dengan pemergian Rizqie. Saya bersyukur kerana sempat menjaganya meski hanya 22...

BATC: Skuad Wanita Negara...

ALOR SETAR — Skuad badminton wanita negara bermula cemerlang apabila menang 4-1 dalam...

Bomba Tumbang Dipatuk Ular...

Ipoh - Seorang pegawai bomba yang tidak sedarkan diri akibat dipatuk ular tedung...

Zakat: Maidam Tambah Kakitangan Percepat Agihan Zakat

KUALA TERENGGANU – Bagi memastikan agihan zakat di Terengganu dapat dilakukan dengan lebih cepat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) kini sedang dalam proses menambah kakitangan baharu untuk melancarkan lagi urusan tersebut.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Omar Musa berkata ia berikutan rungutan kalangan asnaf di Terengganu sebelum ini yang mendakwa bantuan zakat agak lambat dan sukar diperoleh.

“Selain menambah kakitangan baharu, MAIDAM juga akan melihat kembali prosedur lain yang perlu ditambah baik jabatan berkenaan bagi memastikan sistem agihan zakat yang lebih efisien dalam meringankan penderitaan golongan asnaf yang layak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ibadah Korban sempena Aidiladha bersama Saudara Baharu bagi daerah Kuala Terengganu dan Marang di sini hari ini.


Mengulas lanjut, Omar berkata antara kekangan dihadapi MAIDAM dalam aspek agihan ialah keperluan untuk membuat siasatan apabila melibatkan permohonan asnaf baharu kerana kekurangan pegawai untuk menjalankan siasatan itu.

“Insya-Allah, Baitulmal dalam proses untuk mendapatkan pekerja tambahan sama ada secara sementara atau kontrak,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori