Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

4 Termasuk Pasangan Kekasih...

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan empat pengedar dadah termasuk sepasang kekasih dalam serbuan...

Tiada Jangkitan Ebola Di...

Kementerian Kesihatan mengesahkan Malaysia masih selamat dan tiada jangkitan penyakit bawaan virus Ebola...

Saksi Ke-29 Dibenar Beri...

SHAH ALAM - Saksi ke-29 iaitu Perunding Kanan Forensik Patologi United Kingdom, Professor...

Tujuh Anggota Geng Syafiq...

SEREMBAN - Tujuh anggota Geng Syafiq yang mendalangi sindiket curi kereta di daerah...

Watak Super Mario Kini Sudah Berusia 30 Tahun

TOKYO – Bagi para peminat Nintendo mungkin sudah maklum bahawa Super Mario menyambut ulang tahunnya ke-30 pada 13 September lalu dan ia merupakan salah satu watak paling terkenal dalam sejarah permainan video.

Ramai kalangan kita khasnya generasi berusia 30-an hari ini mengenali watak Super Mario, lelaki bermisai lebat dan bertopi merah itu melalui sistem hiburan Nintendo pada pertengahan 1980-an hingga lewat 1990-an lalu.

Ada pula yang mungkin ingat kemunculannya melalui permainan video, Donkey Kong. Sekadar makluman, Mario dicipta Shigeru Miyamoto dan mula secara rasmi diperkenalkan di pasaran antarabangsa pada 13 September 1985.

Pereka terkenal berasal dari Kyoto, Jepun dan berusia 62 tahun itu menyertai syarikat Nintendo sejak 1977, malah beliau lebih gemar memetik gitar daripada mainan video serta tidak galak dua anaknya untuk mengikut jejaknya.

ZWiiU_NewMarioU_1_illu01_E3

Bercerita mengenai Mario, ia bukan sahaja dapat bertahan lama merentasi tiga dekad, tetapi juga menyesuaikan diri bersama-sama dengan munculnya pelbagai platform canggih dan aplikasi baharu sistem multimedia moden.


Selama 30 tahun, sebanyak 310 juta unit permainan ini berjaya dijual di seluruh dunia termasuk episod The Legend of Zeida, Star Fox, F-Zero, Pikmin dan Wii selain dianggap siri permainan video terlaris dalam sejarah.

Asal watak fiksyen Mario dicipta oleh Miyamoto pada 1981 merujuk kepada kisah aktiviti harian seorang lelaki berbangsa Itali yang tinggal di New York dan bekerja sebagai tukang paip dengan ‘senjata’ utamanya ialah tukul.

Untuk meraikan ulang tahun ke-30 Mario, peminatnya di Jepun menghasilkan video memaparkan evolusi watak itu manakala Nintendo melancarkan Super Mario Maker pada 12 September lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori