• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Penumpang China Buat Kecoh Di Airport Bangkok

oleh AK-47
10/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK bertamadun! Mungkin itulah ayat yang sesuai untuk disamakan dengan penumpang warga China yang membuat kecoh serta huru-hara di lapangan terbang di Bangkok kerana penerbangan mereka tergendala.

Seramai 260 penumpang yang menaiki penerbangan tambang murah syarikat di Thailand,  Orient Thai terpaksa menunggu hampir 10 jam selepas penerbangan dari Bangkok ke Chongqing tergendala.

Menurut sumber, lebih kurang 100 penumpang kemudiannya mula membuat kecoh dan protes dengan mendendangkan lagu kebangsaan negara China di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Muang.

Penerbangan OX670 itu dijadualkan berlepas pada 5.40 petang waktu tempatan pada Jumaat lalu namun terpaksa ditunda hingga jam 3 pagi keesokan harinya.

Menurut wakil syarikat penerbangan itu, mereka terpaksa menunda penerbangan kerana faktor cuaca yang buruk serta sistem penyelenggaraan pesawat itu.

Syarikat penerbangan Thailand itu telah menyediakan hotel serta makanan kepada kesemua penumpang terbabit namun kira-kira 100 orang menolak tawaran berkenaan.

Separuh daripada mereka menerima tawaran itu, selebihnya menuntut ganti rugi yang melampau seperti 1000 Yuan (RM680) sebagai pampasan, permohonan maaf secara terbuka daripada syarikat penerbangan dan pesawat yang lebih besar iaitu pesawat Boeing 747 untuk terbangkan mereka pulang nanti.

Kumpulan yang menunjuk perasaan itu turut menegur serta memarahi penumpang lain yang menerima tawaran yang diberikan serta menuduh pemandu pelancong mereka sebagai pengkhianat negara.

Walaubagaimanapun, Biro Pelancongan Chongqin dilaporkan telah menyenarai hitam 33 penumpang yang mencetuskan kontroversi serta huru-hara tersebut.

Penerbangan tersebut telah berlepas pada pukul 6 pagi tanpa 33 orang penumpang itu dan mereka dikatakan telah menaiki penerbangan seterusnya selepas itu.

Ternyata tindakan segelintir kumpulan menunjuk perasaan serta menuntut pampasan secara melampau itu memalukan kaum mereka sendiri. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

Video penumpang China cetus kekecohan di lapangan terbang di Bangkok

https://www.youtube.com/watch?v=bOEOsUlUf7o

Wanita Thailand kecam pelancong China kerana berkelakuan biadab

Tags: Chinavideovideo viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

Lelaki China Bawak ‘Politik’ Ke Kedai Pengurup Wang

10/04/2026
0

Oleh Mynewshub  SEORANG lelaki warga China dilaporkan mencetuskan kekecohan di sebuah kedai pengurup wang selepas mempertikaikan status mata wang dari...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd