Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

“Kit Siang Bagi Tajuk...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘membahan’ Veteran...

Persoalan Kini Terjawab, Nora...

TAHNIAH! Kami ucapkan buat pelakon sensasi, Nora Danish kerana memang kini disahkan sedang...

Bapa Kematian Anak Mohon...

SHAH ALAM - Seorang bapa yang kematian anak lelakinya di sebuah hospital swasta...

Ketua UMNO PJS Raja...

PETALING JAYA - Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Raja Datuk Hanipuddin Raja...

VIDEO: Pemandu Bas Bawa Laju Gila Macam Nak Lumba!

BUKAN sekali dua kita dengar aduan perihal pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan bahaya dan melebihi had laju.

Sudah beberapa kali diberi amaran, masih juga ada pihak yang tidak mengambil pengajaran atas kesilapan kes-kes terdahulu.

Terbaharu, seorang pengguna lebuhraya bertindak merakam aksi seorang pemandu bas ekpres yang memandu melebihi had laju yang dibenarkan.

Bagi membuktikan dakwaanya, si perakam memuat naik had laju kereta yang dinaikinya dengan bas berkenaan.

Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, ia jelas menunjukkan bas itu dipandu melebihi 130 kilometer sejam.

Walhal, kelajuan bagi kenderaan awam itu jauh melebihi had yang dibenarkan dan boleh mengundang masalah kepada pemandu ketika mengawal kenderaan ketika kecemasan.


Lebih mengejutkan, pemandu persis ‘raja pelesit’ ini dengan selamba memotong dan memandu ke lorong kanan.

Difahamkan, video ini dirakam kira-kira jam 8.30 pagi tadi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Bidor-Tapah, Perak.

Video sebuah bas memandu melebihi had laju. Banyak sangat kes macam ni, ini antara punca kemalangan melibatkan bas ekspres.

“Mohon pihak berkuasa bertindak. 25 sept 2015.. BND 9711 . Sebarkan..,”  tulis penggendali Facebook Friends of PDRM. – MYNEWSHUB.CC

//

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori