• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Anak Yatim Dipaksa Cium Kaki Anak Tauke Restoran

oleh AK-47
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGGUH melampau dan keterlaluan.. satu klip video yang merakam aksi seorang gadis dipaksa mencium kaki seorang perempuan yang merupakan anak tauke sebuah restoran tersebar menjadi viral di media sosial baru-baru.

Perbuatan biadap dan kurang ajar si anak tauke itu sekali gus mencetuskan amarah malahan dikecam oleh ramai netizen tempatan sendiri.

Lebih mengejutkan, kejadian yang dikatakan berlaku di Seberang Takir, Terengganu ini dikatakan mendapat sokongan dan disaksikan oleh ibu si pembuli itu.

Bahkan, akibat trauma dengan insiden tersebut, mangsa yang merupakan pelajar tingkatan tiga dikatakan nekad berhenti sekolah berikutan berasa amat malu.

Menurut pelajar yang hanya mahu dikenali Mia, sebelum insiden dipaksa cium kaki, perempuan itu pernah memukulnya dan cuba menanggalkan pakaiannya pada hari yang berbeza.

“Memang selama ini hubungan saya dan pelajar perempuan itu tidak baik dan saya akui ada buat kesilapan terhadap dia. Tetapi saya telah minta maaf.

“Pada kejadian pertama (8 September) dia minta saya bertemunya kerana ingin selesaikan perkara ini dan saya pergi jumpa dia agar perkara ini selesai.

“Namun saya tidak menyangka sama sekali dia kemudiannya bertindak memukul dan cuba tanggalkan pakaian saya.

“Bagaimanapun, selepas kejadian itu, saya didesak untuk bertemu di restoran milik keluarganya dengan alasan dia telah menyesal.

“Tanpa berfikir panjang saya pergi berseorangan ke restoran milik keluarganya itu. Ketika itu, saya dapati beberapa rakannya berada di situ dan ibunya juga ada bersama.

“Awalnya pertemuan berlangsung dengan baik sehinggalah ibu kepada pelajar tersebut memaksa saya mencium kaki anaknya sekiranya ingin memohon maaf,” ujarnya.

Jelas Mia, ketika kejadian dia yang terkejut diperlakukan sedemikian, tiada pilihan lain selain mengikuti arahan ekoran dikepung oleh rakan-rakan pelajar perempuan tersebut.

MYNEWSHUB difahamkan, Mia yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu baharu sahaja kehilangan bapanya pada Ogos lepas.

Berikutan kejadian, dia dan keluarga telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=pfE3l5Jymtw
https://www.facebook.com/Kamibencisaifulbukhari/videos/vb.345034017188/10153781904377189/?type=2&theater

Tags: kes bulivideo viral
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dan terkesan susulan kematian...

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd