PIHAK Arab Saudi mengesahkan bahawa setakat ini angka korban insiden kren tumbang di Masjidilharam, Makkah kini meningkat kepada 107 orang manakala 238 lagi dilaporkan cedera.
Menurut ketua pengarah Jabatan Pertahanan Awam, Jeneral Suleiman al-Amr, mangsa yang cedera dan meninggal dunia telah dibawa ke hospital.
Kejadian dipercayai berpunca daripada angin kuat dan hujan lebat hingga mengakibatkan kren tumbang kira-kira 4.30 petang, waktu tempatan, ketika umat Islam selesai menunaikan solat Asar.
Kren dilaporkan tumbang di kawasan jemaah sedang melakukan tawaf di keliling Kaabah.
Kawasan Masjidil Haram kini dilaporkan giat dalam kerja-kerja pembesaran.
Sementara itu, Tabung Haji (TH) mengesahkan setakat ini 10 jemaah Malaysia cedera dalam insiden itu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=9DBin95O2Qs

