• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The Truth: Islam In Anatolia Papar Kekuatan Empayar Uthmaniyyah

oleh AK-47
05/09/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan memberansangkan daripada musim pertama dokumentari The Truth: Islam In Al-Andalus telah membawa kepada penerbitan terbaharu, The Truth Islam In Anatolia yang bakal menemui penonton saluran televisyen Al-Hijrah bermula 8 Oktober ini.

Program dokumentari berbahasa Inggeris penuh berinformasi ini akan menyulusuri sejarah kegemilangan Empayar Uthmaniyyah di Anatolia yang merupakan nama lama Turki yang pernah berdiri teguh selama lebih daripada 600 tahun.

logo the truth (BG)

Penerbit yang juga merangkap pengarah bagi program dokumentari ini, Muhammad Yusuff Hassan berkata, musim kedua kali ini mereka meletakkan objektif utama untuk berkongsi dengan penonton dalam memahami kronologi kebangkitan empayar ulung yang dahulunya menaungi benua Eropah, Asia dan Afrika.

“Ia bertujuan memberi inspirasi untuk terus maju di masa hadapan dan juga mengambil pengajaran daripada kelemahan yang wujud saat Islam memerintah.

“Program ini bukan sahaja bercerita tentang kekuatan empayar Uthmaniyyah tetapi turut menyelitkan daripada aspek sosial, politik, ekonomi dan budaya masyarakat di sana khas untuk tontonan masyarakat Malaysia dan seluruh dunia.

“Kami memulakan penggambaran Mac tahun ini yang mengambil masa selama 43 hari di seluruh negara Turki,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran program tersebut di Restoran Hadramawt, di sini hari ini.

Zoraya Hos Kacukan Sepanyol, Suka Menggembara

Zoraya sedang melakukan penggambaran di Karavansarai, Cappadocia.
34.The production crew with the Kilic Kalkan(Sword-Shield) Group
Kru produksi bergambar dengan Kilic Kalkan, penari bersenjata di Turki.

Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah, Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah, Pengurus Bestour & Travel (M) Sdn Bhd, Syed Farieh Yahaya dan penerbit eksekutif program berkenaan, Haji Jasmi Haji Shashir.

Program 13 episod bakal menyiarkan pelbagai topik menarik antaranya Osman Ghazi, Sufi Master: Rumi, Mehmed The Conquest, Siege and Weapons, Ottoman Arts and Culture, Suleiman The Magnificent dan lain-lain.

Keindahan dan panorama menarik di Turki.

Masih mengekalkan pengacara terdahulu, gadis kacukan Melayu-Sepanyol, Zoraya Vadillo berpeluang menemuramah beberapa tokoh sejarawan terkenal Turki iaitu Profesor Bilal Kuspinar dan Menteri Agama Turki iaitu Profesor Dr. Mehmet Gormez seperti mana yang bakal disajikan buat penonton setia program ini.

Untuk makluman, Empayar Uthmaniyyah berjaya menyatupadukan hati masyarakat Rom, Balkan, Arab, Parsi dan Turki bermula dari pemerintahan Sultan Uthman Ghazi sehingga berakhirnya kegemilangan pemerintahan Sultan Mehmed keenam.

Pelbagai cabaran dihadapi oleh pemerintah pada zaman tersebut demi memastikan Empayar Islam Uthmaniyah terus mencapai kejayaan demi kejayaan.

The Truth Islam In Anatolia akan mula bersiaran 8 Oktober ini pada jam 9 malam di saluran TV-Alhijrah (Astro 114).

Program dokumentari yang menelan belanja kira-kira RM200,000 ini merupakan hasil kolaborasi bersama Bestour & Travel (M) Sdn Bhd selain mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kerajaan Turki dan syarikat penerbangan bertaraf dunia, Etihad Airways. – MYNEWSHUB.CC

31.Kru produksi di selat Dardanels Cannakale.
Kru produksi di Selat Dardanels Cannakale

Oleh: JULIANA JOHAR

Tags: dokumentariTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

Dokumentari Khas Tun Abdullah Akan Ditayang

15/04/2025
0

Kuala Lumpur: Dokumentari khas mengenai Tun Abdullah Ahmad Badawi akan ditayangkan bagi menunjukkan profil pencapaian semasa menjadi perdana menteri serta...

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd