• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Adakan Pilihan Raya Jun 2017

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada Jun 2017 dan sebuah kerajaan pilihan rakyat akan dibentuk sebulan kemudian, demikian menurut jadual negara itu untuk kembali kepada pemerintahan demokrasi.

Jadual masa 20 bulan untuk pilihan raya (dikira mulai Oktober) boleh dipendekkan kepada kira-kira 16-18 bulan, menurut Timbalan Perdana Menteri Wissanu Krea-Ngam dalam taklimat mengenai roadmap politik Thailand kepada komuniti diplomatik di sini semalam.

Tempoh lebih pendek dapat dilakukan jika masa untuk menggubal perlembagaan baharu dan undang-undang berkaitan dapat dipendekkan.

Jadual masa 20 bulan termasuk enam bulan untuk menggubal perlembagaan baharu, empat bulan untuk pungutan suara mengenai draf perlembagaan baharu, dan enam bulan untuk menggubal undang-undang tambahan.

Empt bulan lagi adalah untuk persiapan bagi pilihan raya umum termasuk bagi membentuk kerajaan pilihan rakyat.

Wissanu dan Menteri Luar Don Pramudwinai memberi taklimat tersebut ketika timbul keadaan tidak menentu mengenai proses politik negara.

Ini berlaku selepas draf pertama perlembagaan yang mengandungi banyak artikel yang kontroversial yang dianggap tidak demokratik ditolak oleh Majlis Pembaharuan Nasional awal bulan ini.

Taklimat di hadiri oleh 31 duta besar dan wakil-wakil diplomat dari 66 negara serta perwakilan dari 11 organisasi antarabangsa. – BERNAMA

Tags: Pilihan Raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

PH Akan Bangkit Dalam Masa Terdekat – Ismail Salleh

03/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr Ismail Salleh yakin PH akan bangkit dalam masa terdekat. Kata beliau,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd