• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terperangkap Dalam Kereta Kebal Selama 5 Jam

oleh Ahmad Albab
19/09/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Seorang anggota Parlimen Rusia dilapor tersekat di dalam sebuah kereta kebal selama lima jam dan mengancam menembak mereka yang berdiri di sekitar kereta kebal itu jika dia tidak boleh melepaskan dirinya.

Kejadian berlaku apabila Setiausaha Parlimen, Igor Zotov yang berbadan gempal memasuki kereta kebal tersebut di Ekspo Senjata Russia di Nizhny Tagil.

Saksi memberitahu wartawan, Zotov terperangkap di dalam kereta kebal itu selama lima jam sehingga mengancam akan menembak mereka yang berada di sekeliling kenderaan itu jika dia tidak boleh keluar.

Zotov dalam kenyataannya mengesahkan dia berada di dalam BMP-3, model kenderaan tempur amfibia infantri Rusia, tetapi menolak laporan yang mendakwa dia tidak boleh keluar.

Baca: Baru Belajar Memandu, Kereta Digilis Kereta Kebal

Juga: Cari Kereta Curi.. Tapi Terjumpa Kereta Kebal

Kereta kebal Rusia model BMP-3. - Gambar hiasan
Kereta kebal Rusia model BMP-3

“Berita itu mengarut. Memang saya masuk ke dalam kereta kebal itu, duduk di tempat pemandunya dan kemudian saya keluar semula.

“Memang badan saya gempal dan tinggi, tetapi saya tidak terperangkap di dalam kereta kebal itu,” jelasnya kepada agensi perkhidmatan berita Russia.

Bagaimanapun, penyelaras ekspo Alexander Pisarevsky berkata; “Zotov, kerana badannya yang besar, sukar untuk keluar dari kereta kebal itu. Dia berada di dalamnya selama lima jam.”

Stesen televisyen Rusia juga ada melaporkan; “Timbalan Speaker Parlimen yang gemuk terperangkap dalam sebuah kereta kebal.”

Zotov akhirnya dilaporkan keluar dari kenderaan tentera itu dengan bantuan anggota Kementerian Keadaan Darurat Rusia dan pasukan keselamatan ekspo. – Agensi

Tags: Rusia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

Menunggu Macam Orang Bodoh – Pakistan Keluar Nota Bantahan Kepada Rusia

13/12/2025
0

BREAKING: Pakistan Mengeluarkan Protes Diplomatik Ke Atas Rusia Selepas Putin Tidak Hadir Pada Pertemuan Dengan PM Shehbaz Sharif Ashgabat, Turkmenistan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd