• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terpaksa Sekolah Dalam Kandang Kambing

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONOROGO (Indonesia) – Ketika kanak-kanak lain menikmati sesi pembelajaran yang selesa lain pula ceritanya pelajar di Kampung Sidoharjo di sini yang terpaksa belajar di kandang kambing.

Kandang kambing itu terpaksa digunakan sebagai kelas kerana pelajar Taman Kanak-Kanak Tunas Bangsa berkenaan tidak mempunyai bangunan sendiri.

Walaupun terletak hanya lima kilometer dari bandar berdekatan tetapi keadaan sekolah itu sangat daif dan menyedihkan.

Pada setiap hari murid prasekolah berkenaan terpaksa menghidu bau busuk dengan suasana persekitaran yang sangat tidak sesuai untuk kesihatan.

Bagaimanapun, bagi murid dan ibu bapa, mereka tetap bersyukur kerana masih ada tempat untuk belajar dan menuntut ilmu.

Seorang penduduk, Evi Yuliana berkata, dia tidak kisah anaknya belajar di sekolah itu walaupun kadang kala sesi pembelajaran terganggu apabila ada kambing masuk ke kelas.

“Kami tiada pilihan kerana hanya sekolah ini yang ada untuk anak kami belajar,” katanya.

Guru sekolah itu, Katiasih memberitahu, dia terpaksa menggunakan kandang kambing untuk dijadikan kelas kerana tiada lokasi lain yang boleh digunakan.

“Kami terpaksa menumpang kandang kambing milik penduduk untuk dijadikan kelas,” katanya. – Agensi/myMetro Online

https://www.youtube.com/watch?v=ZiPcC8wntSk

Tags: IndonesiaSekolah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

Sampai Bila Jerebu Mahu Berulang?

07/09/2026
0

JEREBU datang lagi langit bertukar kelabu, kualiti udara merosot, aktiviti luar dihentikan dan rakyat dinasihati memakai pelitup muka. Kali ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd