• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM Anjur Persidangan Kebangsaan Kali Ke Lima

oleh AK-47
10/09/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan Persidangan Kebangsaan SSM kali ke lima pada hari ini dan esok bertempat di Hotel Pullman Bangsar, di sini.

Tema persidangan selama dua hari ini adalah “Permodenan Akta Syarikat, Mewujudkan Sinergi dalam Landskap Perniagaan di Malaysia”.

Persidangan memfokuskan kepada isu bagaimana permodenan Akta Syarikat memberi kesan langsung kepada pelaksanaan perundangan korporat yang dinamik, serta impak kepada memudah prosedur dalam mewujudkan sinergi dalam menjalankan perniagaan di Malaysia.

Peserta persidangan akan bersama ahli panel terpilih untuk bersama mengupas dan mendapatkan gambaran jelas berkaitan perubahan Akta Syarikat yang memperkenalkan 5 bahagian mengandungi 631 Klausa dan 12 Jadual.

Datuk Hamzah Zainuddin berucap sewaktu merasmikan Persidangan Kebangsaan SSM
Datuk Hamzah Zainudin berucap sewaktu merasmikan Persidangan Kebangsaan SSM 2015.

Akta Syarikat baharu ini menyediakan inisiatif Pro-perniagaan, tadbir urus korporat yang baik, tanggungjawab korporat, peningkatan norma pendedahan, pemantapan penguatkuasaan, akauntabiliti pengurusan dan audit, aktivisme pemegang saham, perlindungan minoriti, rangka kerja serta peraturan-peraturan institusi dan insolvensi yang lebih baik.

Persidangan kali ini berjaya menarik 563 peserta dari dalam dan luar negara, satu jumlah penyertaan tertinggi berbanding penganjuran pada tahun-tahun sebelumnya yang di antaranya terdiri daripada delegasi luar negara iaitu Singapura, Hong Kong dan Sri Lanka.

DSC_3204
Persidangan Kebangsaan SSM kali ini berjaya menarik sejumlah 563 peserta dari dalam dan luar negara.

Objektif utama Persidangan Kebangsaan SSM kali ini adalah meliputi Rang Undang-Undang Syarikat 2015,  peningkatan tahap kefahaman tentang perubahan utama dalam Rang Undang-Undang Syarikat dan impak Rang Undang-Undang Syarikat yang baharu kepada pengarah, pemegang saham dan intermediari korporat.

Persidangan kali ini dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainudin selain turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Merangkap Pengerusi SSM, Datuk Sri Alias Ahmad.

Para peserta persidangan akan mengikuti tujuh sesi perbincangan melibatkan lebih 20 ahli panel dari dalam dan luar Negara. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=xJX0Ki8XFQs&feature=youtu.be

https://www.youtube.com/watch?v=Culija4phBA

Oleh: IEAMYRUL HAZIQ
Foto/Video: RIZA RAZAK

Tags: KPDNKKSSM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah: Juruteknik Didakwa Tipu 2 Warga Emas RM60,000

Next Post

KAFA Mahu Tengku Abdullah Kekal Presiden FAM

Related Posts

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

23/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion. Ikuti...

Prasarana Buat Laporan SPRM, SSM Projek Rugi Hampir RM500 Juta

04/02/2021
0

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan membuat laporan kepada pihak berkuasa selepas mencatatkan kerugian bernilai 417 juta riyal...

Next Post

KAFA Mahu Tengku Abdullah Kekal Presiden FAM

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd