Thursday, February 13, 2025

Creating liberating content

Beri Keutamaan Adakan Pemilihan...

SEREMBAN - Pemangku Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata beliau memberi...

Bos Besar Turun Edar...

PEKERJA-PEKERJA Tencent Holdings sanggup menunggu di luar ibu pejabat gergasi internet itu di...

PPM Wilayah 2 Tahan...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 25 Pendatang Asing...

Ambik Kau….Batu Meteor Jadi...

KALAU dah kaya….seorang lelaki telah melamar kekasihnya dengan cara yang pelik, iaitu dengan...

SKMM Perlu Perhebat Usaha Tangani Judi Dalam Talian – PPIM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan proaktif bagi menangani sindiket yang menawarkan perjudian dalam talian yang kian banyak sejak kebelakangan ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bimbang sindiket itu mampu meracuni minda masyarakat khususnya golongan muda untuk terlibat dalam aktiviti perjudian.

Bercakap dalam sidang media pada Isnin, beliau berkata PPIM menerima ratusan aduan berhubung kes berkenaan sejak lima bulan lepas yang didakwa memperdaya orang ramai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit mereka.

Berdasarkan maklumat pengadu, SMS itu menyatakan mereka akan memenangi wang tunai sekiranya membuka pautan laman perjudian yang disertakan.

“Hal ini sangat membimbangkan kami kerana terdapat pekerja yang memperuntukan waktu rehat untuk ‘berjudi’ dalam pejabat dengan mengunci bilik bagi melakukan aktiviti itu.


“Jika mereka (pemain) menang, ada individu yang akan pergi ke pejabat memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai tetapi jika kalah, mereka perlu memberi wang kepada individu berkenaan,” katanya.

Nadzim berkata aktiviti seumpama itu juga amat membahayakan kerana boleh menjurus kepada peminjaman wang daripada ‘ah long’.

Sehubungan itu, beliau berharap syarikat telekomunikasi dapat turut sama memantau kegiatan sindiket berkenaan, dan membuat sekatan ke atas mana-mana pihak yang didapati terus mengganggu pengguna. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori