• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selepas Baju Kuning & Merah, PAS Pula Anjur Himpunan Hijau

oleh AK-47
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS kemunculan himpunan kumpulan ‘baju kuning’ dan ‘baju merah’, akan muncul pula himpunan yang menggunakan ‘warna hijau’.

Perhimpunan hijau anjuran PAS yang dinamakan sebagai Himpunan 60,000 (H60K) ini dilaporkan bakal berlangsung 17 Oktober depan di Stadium Sultan Muhamad ke IV, Kota Bharu, Kelantan.

Menurut Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, himpunan ini adalah langkah menguatkan kembali sokongan akar umbi kepada parti Islam itu selepas dihimpit dengan pelbagai koflik dalaman.

“Matlamat perhimpunan ini berkait rapat dengan krisis politik Malaysia, sama ada dalam negara, parti PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

“Semua itu perlu sokongan serta dokongan kefahaman ahli supaya yakin dengan perjuangan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS sebentar tadi.

Pada masa yang sama, Ahli Parlimen Pasir Mas ini turut menafikan perhimpunan itu adalah tindak balas terhadap perhimpunan Bersih 4.0 dan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ yang tidak disertai PAS.

Jelasnya, himpunan itu diadakan setelah menerima desakan akar umbi yang mahu membuktikan PAS masih mendapat sokongan walaupun berlaku kemelut dalam parti terutama ada ahli yang keluar bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB). – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Free Malaysian Today

Tags: PAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

PAS Gesa Kerajaan Jelaskan Kelewatan Pelaksanaan Titah Pengampunan Najib

07/11/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS menggesa kerajaan, khususnya Jabatan Peguam Negara (AGC), memberikan penjelasan tuntas berhubung kelewatan pelaksanaan titah pengampunan bersyarat...

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

PAS Tidak Boleh Berikan Syurga Kepada Sesiapa, Syurga Milik Allah’ – Abdul Hadi

02/11/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu tidak boleh memberikan syurga kepada sesiapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd